Siapa Superbillionaire Buatan Malaysia! : Orang yang miliki kekayaan berpuluh kali ganda dari ananda krishnan di jumpai!
Oh! Krai Utara
BEKAS PERDANA MENTERI MENANGI TEMPAT KEDUA SENARAI INDIVIDU BEKAS KETUA NEGARA TERKAYA DI DUNIA! Sejuta penghargaan kepada Tun Mahathir kerana berjaya menjadi antara manusia paling kaya bagi kategori bekas ketua negara@ pemimpin negara. Kami rakyat merasa sungguh terharu dan tertanya tanya mengapa hal ini baru di ketahui kini dan tidak di war warkan seumpama pencapaian lain yang di capai oleh rakyat Malaysia! Hal yang baik begini patut di bisingkan agar menjadi contoh ikutan supaya ramai lagi rakyat atau pemimpin menyedari akan kejayaan negara kita dalam melahirkan superbillionaire! Dari kalangan bekas bekas pimpinan kerajaan barisan nasional. Kami, rakyat juga menyeru agar mantan perdana menteri menulis sebuah buku yang di dalamnya nanti boleh beliau terangkan kaedah kaedah untuk menjadi seorang "superbillionaire". Kami juga seperti ramai pemimpin barisan nasional yang lain teringin sangat hendak mengetahui teknik teknik yang telah beliau gunapakai sehingga begitu berjaya! Kami pasti buku tersebut akan menjadi produk yang amat bernilai untuk di miliki...walaupun oleh seorang yang tidak berminat untuk membaca pun.Tajuk? Tiada satu pun kebimbangan tentang tajuk yang patut di beri...hatta, jika dibuat tanpa tajuk pun, bahkan jika tajuk nya diletakkan tiga titik pun ia tetap jadi best seller, ya pembeli hanya perlu membaca sinopsisnya saja...terus di ngap! Maklum si tolol mana tak mau jadi manusia kaya! Atau, sekurang kurangnya mungkin beliau boleh membuat seminar, nantinya dalam seminar tersebut beliau boleh mengadakan penerangan bagaimana beliau semasa pemerintahannya telah melonjakkan negara ke puncak kejayaan dan di samping itu beliau juga secara peribadi juga telah berjaya! Sehingga meraih tempat kedua selepas bekas presiden mesir. Kami rakyat tentu akan merasa sangat teruja, kursus dan seminar ini boleh dianjurkan di seluruh negara, tentu saja kami rakyat akan sanggup membayarnya dengan harga yang mahal...maklum untuk menjadi kaya bukan senang!. Dan yang paling akhir dan paling membuat kami kagum ialah beliau yang biasanya akan mewar warkan kejayaan yang di capai olehnya dalam melakukan sesuatu projek tiba tiba tidak mengegerkan hal ini, oh baru kami tahu rupanya beliua seorang yang tidak berlagak! Dia seorang yang tidak suka bermegah megah! Walaupun kayanya mengalahkan Yang DiPertuan Agung!. Kami sungguh terharu...
Pssst: Bisingkan di Area2 anda kejayaan ini...atau facebook anda.