Woooo! RCI diberitahu warga Pakistan, India dapat kad pengenalan, tukar tempat lahir

Oh! Krai Utara

Share

Oleh Boo Su-LynJanuary
KOTA KINABALU, 18 Jan — Dua orang warga asing Pakistan dan India memberitahu inkuiri Suruhanjaya Di Raja (RCI) mengenai pendatang asing mengakui mereka mendapat kad pengenalan biru kurang dari 10 tahun selepas tiba di Sabah pada tahun 1980an.Mohamed Hussein, dilahirkan di Pakistan, dan Aziz Kasim, dilahirkan di Tamil Nadu, India, berkata mereka menukarkan tempat lahir dalam kad pengenalan biru Malaysia kepada Tawau dan Kunak di Sabah.“Dalam kenyataan kamu kepada pegawai penyiasat suruhanjaya ini, kamu kata kamu bekerja di Tawau pada tahun 1988, seorang warga Pakistan dan beberapa rakyat Malaysia bertanya adakah kamu mahukan pasport Malaysia, dan memberitahu syaratnya jika kamu mahu tinggal di Malaysia, tolong kerajaan dengan mengundi,” kata pegawai Jamil Aripin di RCI hari ini.“Mereka berikan saya kad pengenalan,” kata Mohamed, menambah beliau juga menerima pasport Malaysia.Mohamed berkata beliau tiba di Sabah untuk mencari pekerjaan dan menerima kad pengenalan biru dua atau tiga tahun kemudian.Beliau menambah turut mengundi empat hingga lima kali pilihan raya semenjak itu.Aziz berkata beliau tiba di Sabah pada tahun 1980 dan mendapat kad pengenalan biru pada 1987.Tetapi mengikut Undang-Undang Kewarganegaraan 1964, seseorang yang mahu menjadi warganegara Malaysia melalui naturalisasi mesti menjadi penduduk tetap sehingga 12 tahun dan berada di Malaysia lebih dari 10 tahun.Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata semalam bahawa tidak ada salahnya memberi kewarganegaraan kepada warga asing asalkan ia diberi secara sah melalui undang-undang.Tun Dr Mahathir Mohamad, perdana menteri paling lama berkhidmat — dari 1981 hingga 2003 — dituduh menjadi dalang kepada “Projek IC”, di mana kewarganegaraan didakwa diberikan kepada pendatang asing sebagai pertukaran untuk mendapatkan undi.Namun begitu bekas ketua menteri Sabah Tan Sri Harris Salleh, yang mentadbir negeri dari 1976 hingga 1985 menafikan kewujudan “Projek IC”.Dr Mahathir berkata pendatang asing memang menerima kewarganegaraan, tetapi menegaskan ia masih “mengikut undang-undang”.Aziz berkata pegawai kerajaan bertemu dengannya dan rakan sekerjanya di sebuah restoran di negeri ini pada tahun 1987 dan menawarkan kad pengenalan biru, tetapi beliau tidak ingat dari jabatan mana pegawai kerajaan itu.“Selepas empat bulan, pegawai tersebut datang semula dan berikan kamu kad pengenalan biru?” tanya Jamil.“Ya,” kata Aziz, 54, yang kini bekerja sebagai seorang tukang masak.Beliau menambah beliau menerima pasport Malaysia pada tahun 1995, tetapi hilang pasport Indianya.Aziz berkata beliau mengundi sebanyak empat kali, termasuk pilihan raya negeri dewan undangan negeri Likas tahun 1990 dan 1994.Mahkamah tinggi memutuskan pilihan raya di Likas pada tahun 1999 adalah tidak sah selepas mendapati daftar pemilih mempunyai pengundi hantu, termasuk warga negara asing.Aziz berkata beliau menganggap dirinya sebagai rakyat Malaysia dan tidak mahu pulang ke India, menambah ketiga-tiga anaknya mempunyai MyKad.Mohamed, 48, berkata orang yang memberi kad pengenalan biru itu memberitahunya untuk mendaftar sebagai pengundi, tetapi tidak mencadangkan parti politik mana yang perlu diundi.“Adakah kamu masih warga Pakistan?” tanya Jamil.“Tidak, saya rakyat Malaysia,” kata Mohamed, yang memakai kopiah putih.Mohamed dan Aziz berkata mereka tidak mempunyai sijil kelahiran dari negara asal.Inkuiri akan diteruskan pada 29 Januari oleh bekas ketua hakim Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong. TMI

Read More - Woooo! RCI diberitahu warga Pakistan, India dapat kad pengenalan, tukar tempat lahir

Bapak Burik, Anak Rintik! Wei lu dua belanak memang sempoiiii aaa, satu kikis haleta negala...satu tokey alak!

Oh! Krai Utara

Share

Wow! Wow! Well, "Bapa borek anak rintik" atau "tak kemana tumpahnya kuah, kalau tak ke nasi", begitulah agaknya bidalan yang seru untuk menggambarkan apabila si anak memang saling tak tumpah "hebat" macam bapa dia. Baik dari segi manapun, umpamanya kalau bapak tukang mahir, anaknya jugak berjaya menjadi sedemikian, maka itulah kita katakan. Dari segi rupa paras, kalau bapa hensem macam lu, dan anak lu pun berwajah comel, itulah jugak perumpamaanya, bahkan dari sudut perangai pun kalau bapak lu orangnya alim dan lu pun kelas ilmuwan...memang kena sangat pepatah tua tu!

Mana ada kita dengar orang kata "bro, lu memang hensem, tak tumpah arwah bapak lu la...bapak burik anak rintik la ni" sedangkan lu tau, bapak lu tu orangnya segak, sedangkan lu punya muka tak tumpah macam apam balik kena lenyek lori yang angkut kayu balak! Kalau cakap juga....rasa2 bercerai laaa gigi kapak dengan adik beradik dia, si gigi taring dan si gigi geraham, atau kurang2 pun lu cakap "cilaka, mamat ni...perli aku" dalam hati lu. Bengang la kan.

Tapi cerita yang wa nak tarik lu all bincang ni, memang...memang sesuaiiii sangat dengan bidalan tu! Lu pun pasti selesa dengan apa yang gua nak kasi tau ni...pssst bulih buat modal kedai kopi ni. Pasti hangat, nak2 time tu lu layan dengan gang kaki borak politik...ahli politik kedai kopi sambil sambil cuba penuhkan saluran penghadaman lu dengan snek ringan...uiiiiih menyakut bro! Dan yang bestnya lagi, kat meja sebelah tu mamat2 umno karat, pasti colour aura seri wajah dia berubah, dari kaler normal jadi kaler lampu traffic light yang memang lu kena stop! Merahhh wa cakap lu...time tu jangan cuba lawan undang2 jalanraya...nanti lu pulak terpaksa di kejor ke ward kecemasan! Wa tak tau.

Cakap panjang tarak guna deiiii, wokey kita balik ke bidalan tadi. Yang gua nak kasi tau ni bukan lu tak tau macha, itu jam aaa...negara kita telah memprokduksikan seorang yang amat berjaya! Lu perasan tak! Memang lu perasan, itu tun m sangat berjaya kan?. Dan dengan penuh kejayaan jugak beliau telah mendidik anak anaknya jadi berjaya macam dia...ha tu laa gua cakap, bapak burik anaknya rintik!.

Lu pun ada baca macha...itu tun m sudah pecah rahsia! Bahawa dia tu sebenarnya orang paaaaaaaling kaya atas muka bumi mengalahkan para billionaire tanahair. Dan yang paling gua buat2 terkejut dia sudah jadi manusia bekas pemerintah paling kaya selepas rakan sesekular beliau encik hosni mubarak! Di percayai dia sekaya 44 billion dollar man macha! Lu apa ada macha...tanah sekankang kera?

Wei..cha, lu tau tak, salah sorang anak dia dah di asuh masuk politik...tu wa tanak citer r. Lu tau kan sapa dia kan, macha. Hebat..yang gua nak cakap ni, sorang anak dia tu. Eh! Lu sudah baca kan? Itu jam sekor anak dia telah berjaya menjadi orang no. 14 paling kaya kat negara!. Hah, tulah dia wa cakap sebijik macam bapak dia, tapi takat macam dia punya kaya wa,lu tanak kasi "suspek" sikit pun. Sebab, itu tun m sudah ajar macam mana nak jadi kaya dan berjaya macam dia! Tadak kenai itu halal haram, suma belasah kalu. Suma HALAM, rakyat 1malay sudah bising!  Itu budak niaga arak kan? Arak kan haram, dia niaga jugak! Kalu itu arak yang haram dia bulih niaga....SAH memang dia tak kenal halal haram macaaaaam bapak dia! Dan sah dia memang anak rintik, bapaknya si burik.

Setan di kenali betul lah si superbillionaire ni!

Read More - Bapak Burik, Anak Rintik! Wei lu dua belanak memang sempoiiii aaa, satu kikis haleta negala...satu tokey alak!

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...