Kegilaan jutawang arab - lapisi kereta mewah dengan koin dirham!

Oh! Krai Utara

Share

TRIBUNNEWS.COM - Kekayaan jutawan dari timur tengah memang tak ada bandingannya. Dari mulai menguasai kelab  bolasepakseluruh liga di dunia, hingga membeli sebuah pulau hanya untuk konsumsi peribadi.Cerita yang satu ini datang dari salah satu jutawan asal Dubai yaitu Ali Hassan Gharib. Walaupun usianya baru menginjak 29 tahun. Tapi apa yang dilakukan olehnya sungguh mengejutkan.Dia melapisi kereta Range Rover kesayangannya dengan ribuan mata wang Uni Emirates Arab yaitu Dirham. Anda boleh meneka perlu berapa banyak koin untuk melapisi kereta tersebut dengan Dirham? Ali menempelkan 57,412 koin di seluruh body keretanya.Alhasil, kereta yang tadinya hanya bernilai 42 ribu poundsterling, nilainya melonjak signifikan menjadi 500 ribu poundsterling.Walaupun ditutupi dengan ribuan Dirham, tapi Range Rover tersebut masih boleh melaju dengan kecepatan 75 batu sejam."Aku hanya ingin mencari koin dari seluruh dunia dan menempelkannya pada satu kereta," kata Ali seperti dilansir Tribunnews dari The Sun.co.uk.

Read More - Kegilaan jutawang arab - lapisi kereta mewah dengan koin dirham!

Jutawan Hartanah Sapu Jalan, Bukan di Malaysia....Terjah!!!

Oh! Krai Utara

Share

Seorang jutawan hartanah bekerja sebagai tukang sapu jalan raya semata-mata kerana mahu mendidik anaknya erti kerja keras.Yu Youzhen, 53, memiliki 17 blok rumah pangsa dan menjadi kaya hasil daripada ledakan harga hartanah.Namun, daripada memanjakan diri dengan kekayaan yang dimilikinya dan menjalani kehidupan berfoya-foya di salun, spa atau kompleks beli-belah, wanita itu memilih bangun awal pagi enam hari seminggu untuk menyapu, membersih dan mengangkat sampah di sepanjang jalan raya yang sibuk di Wuhan, tengah China.“Saya mahu menjadi contoh kepada anak saya. Saya tidak mahu duduk dan menghabiskan kekayaan saya,” kata Yu.Dia juga tidak mahu memberi anaknya gambaran bawa dengan menjadi kaya serta menjalani kehidupan hasil daripada kekayaan itu adalah jalan mudah untuk hidup.“Gaya hidup seperti itu hanya akan mengancam mereka dalam jangka panjang,” kata Yu.Usahanya itu berjaya. Kedua-dua anaknya kini bekerja makan gaji. Anak lelaki menjadi pemandu bas dengan pendapatan RM1,000 sebulan sementara yang perempuan memperoleh gaji sebanyak RM1,500 dengan melakukan kerja yang tidak dinyatakan, lapor sebuah akhbar China.Yu pula memperoleh pendapatan sebanyak RM550 sebulan sebagai tukang sapu.“Saya sentiasa berasakan saya perlu melakukan sesuatu,” kata jutawan itu yang menjadi tukang sapu sejak 10 tahun lalu selepas mendapati kekayaan menjadikan hidupnya bosan.Dia sebelum ini menanam sayur, mengangkat hasil tanaman itu dan menjualnya sendiri di pasar.Apabila kerajaan komunis China melancarkan pembaharuan ekonomi pada hujungan 1980-an dan membenarkan petani berniaga, Yu dan suami berjaya mengumpul wang secukupnya untuk membina tiga blok rumah pangsa lima tingkat yang kemudian disewakan.Mereka berjaya mengambil kesempatan terhadap ledakan harga hartanah dan meluaskan ‘empayar’ mereka hingga mampu memiliki 21 blok rumah pangsa.Mereka sudah menjual empat blok. Hasil jualan itu dicampur dengan pendapatan menyewa 17 blok rumah pangsa serta gaji sebagai tukang sapu sudah pasti akan membolehkan dia menjalani kehidupan selesa pada masa akan datang.Sumber: myMetro

Read More - Jutawan Hartanah Sapu Jalan, Bukan di Malaysia....Terjah!!!

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...