TGIA keluarkan fatwa supaya umno jangan ambil tindakan ke atas che johan! -

Oh! Krai Utara

Share

Calon kerusi Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali meminta Lembaga Disiplin Umno supaya tidak mengenakan tindakan terhadap Timbalan Ketua Umno Bahagian Pasir Mas Che Johan Che Pa berikutan tindakannya tidak menghantar kertas pencalonan pada penamaan calon semalam."Saya merayu supaya Che Johan tidak dikenakan tindakan kerana langkah yang diambilnya itu baik untuk BN sebenar- nya," kata Ibrahim, penyandang kerusi Parlimen itu, yang akan bertanding sebagai calon Bebas.Bercakap kepada pemberita selepas berceramah di Kampung Kubang Bunut malam ini, beliau menyifatkan tindakan Che Johan sebagai sikap terpuji dan apa dilakukannya adalah untuk memastikan PAS tewas di Parlimen Pasir Mas.Che Johan, yang merupakan calon BN bagi kerusi Parlimen itu, membuat kejutan apabila tidak menyerahkan kertas pencalonan ketika proses penamaan calon berlangsung.Tindakan beliau itu menjurus kepada pertembungan satu lawan satu antara Ibrahim dan calon PAS Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz.Susulan itu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata perkara berkenaan dirujuk kepada Lembaga Disiplin parti.Ibrahim berkata keputusan Che Johan itu adalah sesuatu perkara "yang sangat sukar dilakukan" tetapi ia demi masa depan BN sebenarnya. "Saya terharu dengan tindakan Che Johan dan berharap dia bersabar menghadapi sebarang cubaan," katanya.- Bernama

Read More - TGIA keluarkan fatwa supaya umno jangan ambil tindakan ke atas che johan! -

SINAR HARIAN: Tuduhan Ibrahim Ali, Sampah! Tiada asas dan dialah sampah....

Oh! Krai Utara

Share

NGO sokong Sinar sebagai akhbar komuniti terbaik
WARTAWAN SINAR HARIAN18 Disember 2012KOTA BHARU - Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (NGO R) menyifatkan kenyataan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali bahawa Sinar Harian sebagai akhbar memecah-belahkan kaum sebagai tuduhan tidak berasas.Presidennya, Nazri Deraman berkata, beliau mendapati tidak ada akhbar yang menggunakan pendekatan sebagaimana dilakukan akhbar berkenaan dalam memberi ruang kepada semua pihak tanpa mengira fahaman dan kelompok.“Pada saya ia satu tuduhan berunsur sampah, tak ada nilai dan tidak berasas, kerana saya dapati tidak ada lagi akhbar yang memberi ruang kepada semua pihak kecuali Sinar Harian,” katanya, semalam.Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ibrahim dalam akhbar perdana semalam bahawa beliau ‘jelik’ dengan laporan Sinar Harian dan sebuah portal web kerana didakwa hanya menyiarkan sebahagian kenyataannya sehingga dilihat seolah-olah menghina kaum lain.Ibrahim dilaporkan mengeluarkan kenyataan itu semasa menggulung perbahasan Perhimpunan Agung Tahunan Perkasa Ketiga, dua hari lalu.Nazri turut menempelak Ibrahim yang menyifatkan akhbar  ini sebagai akhbar pemecah belah masyarakat sebaliknya berkata, Ahli Parlimen Pasir Mas itu sepatutnya lebih jelas siapa sebenarnya pernah dilabel sedemikian.“Saya harap Ibrahim Ali secara terbuka akan menarik balik kenyataan yang dibuat,” katanya yang juga Pengerusi Cakna Palestin.Beliau yang memuji pendekatan Sinar Harian berharap akhbar ini akan terus berpegang pada prinsipnya dengan memberi keadilan dan ruang kepada semua pihak dan membiarkan pembaca menilai sendiri setiap situasi yang berlaku.“Terima kasih kepada Sinar Harian kerana memberi ruang kepada NGO R dan Cakna Palestin, dan pernah bergabung dengan Cakna Palestin menjayakan misi kemanusiaan. Pada kami, ia akhbar komuniti terbaik dan tidak menampakkan ada unsur memecahbelahkan masyarakat,” katanya.Nazri turut menyeru Kerajaan Persekutuan memberi ruang kepada media arus perdana lain mencontohi Sinar Harian agar rakyat berpeluang mendapat maklumat secara terus.

Read More - SINAR HARIAN: Tuduhan Ibrahim Ali, Sampah! Tiada asas dan dialah sampah....

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...