Umno cuba fitnah orang pas turunkan banner - provokasi
Oh! Krai Utara
Sebuah lidah memang amat sukar untuk dijaga, pujangga dari berbagai laras aliran pemikiran biasa menyatakan kesilapan organ itu amat menakutkan. Terbukti, lidah yang lembut itu boleh saja melukakan perjalanan kehidupan manusia. Kesilapannya banyak merosakkan tamadun, dan tidak kurang pula kebaikan yang terhasil darinya.
Dalam keadaan paluan gendang perang sudah dibunyikan ini, tambah pula panglima perang sudah di namakan ia amat menuntut kita menjaga lidah dari menghambur kata kata kurang enak. Sementara musuh politik di ingatkan, hal yang demikian wajib di tegur, di pesan kepada jentera perang masing masing supaya ahli parti menjaga kesopanan lidah. Kondisi sekarang, keadaannya tegang. Sebarang kesilapan lidah amat sukar untuk di kendurkan, diperbaik.
Mengapa hal ini gua singgung, jelasnya telah sampai ke telinga gua khabar yg kurang senang untuk di dengari dari pihak musuh yg kurang pandai menjaga organ lembut itu, bahayanya kesilapan menjaga alat suara yg lembut itu boleh menyebabkan anda di anggap lembu!
Mengapa lembu? Ya memang lembu. Ada pihak dari parti lawan mendendangkan berita bahawa " orang pas menurunkan banner parti mereka di sebuah kampung dalam dun mengkebang, k.krai". Gua, terkejut. Berputar dalam otak gua siapa sebenar yg punya angkara. Ini kes panas, boleh membuat huru hara, paling komang pun tuduh menuduh sehingga masam muka. Tapi gua yakin anak didik tuk guru tiada upaya melakukan kerja bodoh sampai setara itu. Mereka cerdik! Walau gua segera sedia maklum, orang pas di situ walaupun kurang jumlahnya, tetapi bersikap orang gedebe!.
Terus mencari bukti, gua bertanya abang kawasan abang kawasan yang kental pasnya, benar dakwaan itu wujud! Dan orang pas bertindak bijak. Bijaknya mereka tak mudah melenting, mereka mencari punca. Mereka siasat!. Akhirnya melalui saksi di ketahui pihak yg menurunkan banner itu ialah pihak berkuasa tempatan yg di gerakkan oleh ejen suruhanjaya pilihan raya atas alasan provokasi. Banner tersebut berunsur provokasi. Selesai.
Akhirnya selesai solat maghrib, bersaksikan gua sendiri ketua cawangan pas telah menyelesaikan isu tersebut dengan cara memberi penjelasan kepada wakil umno cawangan. Inilah beda yg ketara antara mereka dgn pas, mereka selalu tidak menjaga lisan mereka, tetapi kita perlu bertindak sebaliknya, sebagaimana kita faham - telah jelas yg hak dan yg batil.