Tau xpe! Muhyidin ingatkan balacinya kehebatan pakatan rakyat

Oh! Krai Utara

Share

Lawan Pakatan bukan kerja mudah, kata Muhyiddin

Oleh Mohd Farhan DarwisApril 07, 2013KUALA LUMPUR, 7 April – Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, jentera BN tidak seharusnya mengamalkan sikap sambil lewa kerana menewaskan Pakatan Rakyat (PR) bukan tugas mudah memandangkan pembangkang itu jelasnya tidak akan mudah menyerah kalah dalam Pilihan Raya 2013 kali ini.“Kita harus bersiap siaga, kerana tidak mudah pembangkang nak serah kalah,” tegas Muhyiddin memberi peringatan kepada ahli BN ketika merasmikan Command Centre BN Parlimen Batu di sini.Menurut Muhyiddin, pekerja parti seharusnya berusaha keras bagi menarik sokongan pengundi selagi kemenangan belum berada di pihak BN.“Jangan tidur sampai hari akhir. Sampai dah menang, tidurlah sepanjang mana nak tidur ... selagi kemenangan belum ada di tangan kita, kita perlu celik, jangan biarkan musuh menyelinap di kawasan kita sehingga boleh mempengaruhi pengundi,” tegas Muhyiddin di hadapan sekitar 500 jentera BN yang hadir.“Turunlah kita ke setiap kawasan, tanya khabar, masalah mereka, kalau mereka respon, bukan mustahil Batu akan kembali kepada BN,” katanya merujuk kepada kerusi Parlimen yang menjadi milik Chua Tian Chang daripada PKR sejak Pilihan Raya 2008.Muhyiddin yang juga penyandang kerusi Parlimen Pagoh sebelum ini turut berkata, pekerja parti dan jentera BN tidak seharusnya memandang remeh semua perkara kerana pengundi jelasnya adalah “raja” dan boleh menentukan kemenangan BN.“Tapi kita tak boleh anggap segalanya mudah, pengundi adalah penentu, pengundi adalah raja, boleh buat apa sahaja ... mereka boleh buat apa sahaja tanpa alasan, tiada pihak boleh paksa mereka pilih siapa,” katanya.Muhyiddin sebelum itu dalam rangka lawatannya ke Parlimen Batu sempat menghadiri majlis minum petang bersama penduduk Kampung Padang Balang, Sentul.Malah, beliau turut mengingatkan parti komponen BN agar sentiasa mengamalkan sikap muafakat sesama mereka bagi mencapai kemenangan untuk BN.“Saya tahu Batu adalah kawasan pembangunan ... kalau setiap komponen parti berazam kita boleh capai harapan kekal menjadi kerajaan ... komponen parti kena bekerja keras,” katanya lagi.SPR akan bermesyuarat pada Rabu bagi menentukan tarikh penamaan calon dan hari mengundi bagi Pilihan Raya 2013.

Read More - Tau xpe! Muhyidin ingatkan balacinya kehebatan pakatan rakyat

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...