Oh! Artis:Brad Pitt Mahu Watak Spiderman

Oh! Krai Utara

Share
AKTOR Brad Pitt mengakui ingin memegang watak Spiderman memandangkan watak superhero itu sangat dikagumi oleh anak-anaknya.
Justeru itu, aktor tampan itu mahu memenuhi impian anak-anaknya. Hal tersebut diberitahu Pitt ketika menghadiri tanyangan filem Megamind.
Katanya, Spiderman merupakan superhero dan idolanya serta anak-anaknya.
“Anak-anak saya merasakan Spiderman merupakan tokoh yang paling hebat ketika ini. Jika ditanya watak apa yang saya mahukan sudah tentulah Spiderman,” ujarnya.
Bagaimanapun, hasrat Pitt tidak kesampaian kerana pengarah filem tersebut sudah mempunyai pilihan sendiri bagi mengantikan Tobey Maguire. Mereka memilih pelakon Andrew Garfield bagi memegang watak tersebut.-mstar
Read More - Oh! Artis:Brad Pitt Mahu Watak Spiderman

Oh! Artis:Spiderman Perancis Lakar Rekod Baru Panjat Roda Ferris Terbesar Dunia

Oh! Krai Utara

Share
- Foto AP
SINGAPURA: 'Spiderman' Perancis Alain Robert melakar satu lagi kejayaan untuk dirinya hari ini selepas dia mencipta sejarah memanjat Singapore Flyer, Roda Ferris terbesar di dunia yang terletak di Marina Bay di sini.
Warga Perancis berusia 48 tahun itu mengambil masa kurang daripada 40 minit untuk menyudahkan panjatan keseluruhan Roda Ferris setinggi bangunan 42 tingkat itu, sambil diperhatikan oleh orang ramai dan media antarabangsa.
- Foto AFP
Robert, yang menjadi terkenal kerana kemampuan luar biasanya memanjat bangunan pencakar langit di serata dunia tanpa mendapat kebenaran dari pihak berkuasa bangunan, sangat gembira kerana berjaya memanjat dengan lancar.
Untuk aksinya hari ini, Robert mendapat kelulusan pihak berkuasa Singapura tetapi dengan syarat beliau perlu menggunakan peralatan keselamatan semasa memanjat.
- Foto AP
Bercakap kepada pemberita selepas berjaya melakukan panjatan itu, Robert berkata memanjat Roda Ferris tidak memberi sebarang risiko kepadanya kerana beliau menggunakan peralatan keselamatan kecuali keadaan roda yang basah disebabkan hujan renyai pada sebelah petang.
Robert berpendapat memanjat Menara Berkembar Petronas di Malaysia pada 2009 lebih mencabar dan berbahaya kerana beliau tidak memasang peralatan keselamatan pada ketika itu.
Untuk panjatan hari ini, katanya ia adalah suatu pengalaman baru kerana ini adalah pertama kali beliau tidak memanjat bangunan dan pemandangan latar langit bandaraya itu dari atas roda amat mengagumkan dan menarik.
- Foto AP
Mengenai masa depannya, Robert, yang ditahan di 12 negara berlainan kerana memanjat secara haram berkata, beliau merancang untuk memanjat lebih banyak bangunan pencakar langit di sekitar Eropah, China dan Amerika Syarikat, tetapi dengan kebenaran pihak berkuasa negara berkenaan.
Katanya perbincangan sedang dilakukan dengan pihak berkuasa berkaitan bagi membolehkan beliau memanjat beberapa bangunan pencakar langit di China, Amerika Syarikat dan Emiriah Arab Bersatu.
"Ia adalah salah satu impian saya untuk memanjat bangunan tertinggi di dunia mempunyai ketinggian 828 meter, Burj Khalifa, di Dubai sebelum saya meninggal dunia," kata Robert. - BERNAMA
Read More - Oh! Artis:Spiderman Perancis Lakar Rekod Baru Panjat Roda Ferris Terbesar Dunia

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...