Oh! Keluarga Beng Hock Akan Cabar Keputusan Mahkamah Koroner

Oh! Krai Utara

Share

SHAH ALAM: Peguam pemerhati kepada keluarga Teoh Beng Hock menasihatkan anak guam mereka untuk memfailkan semakan terhadap keputusan Mahkamah Koroner di sini, pada Rabu yang memberikan keputusan terbuka dalam prosiding inkues siasatan kematian mendiang.

Karpal Singh berkata, permohonan semakan itu akan difailkan dengan kadar segera yang mungkin bagi membolehkan seorang Hakim Mahkamah Tinggi menyemak keputusan yang disifatkannya sebagai ‘mengecewakan rakyat’.

“Koroner (Azmil Muntapha Abas) tidak sepatutnya memberikan keputusan terbuka. Ia seharusnya diputuskan sebagai bunuh,” katanya semasa ditemui di luar mahkamah.

Gobind Singh Deo pula berkata, pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu bertanggungjawab dengan kecederaan yang dialami mendiang sebelum dia jatuh daripada pejabat badan bebas tersebut di tingkat 14, Plaza Masalam, Seksyen 9, di sini.

“Mahkamah memutuskan kecederaan di leher Teoh berlaku sebelum mendiang jatuh. Apa yang kita tahu, Teoh berada dalam keadaan sihat semasa datang ke pejabat SPRM.

“Kita semua juga tahu, dia tidak meninggalkan pejabat tersebut. Bagaimana dia boleh mendapat kecederaan di leher? Itu sesuatu yang perlu dijawab oleh SPRM,” tambahnya.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang hadir di mahkamah untuk mendengar keputusan prosiding inkues juga meluahkan rasa kecewa dengan keputusan tersebut.

“Apa yang berlaku kepada Teoh telah menjejaskan kepercayaan rakyat. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberi jaminan kepada keluarga mendiang bahawa tindakan yang wajar akan diambil.

“Keluarga mendiang nyata kecewa dengan keputusan ini. Perdana Menteri perlu mengotakan janji beliau dan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat semula punca kematian Teoh,” katanya.

Sementara itu, Malik Imtiaz Sarwar yang mewakili kerajaan negeri Selangor pula berkata, beliau akan menunggu arahan daripada anak guamnya berhubung keputusan tersebut.

Pada Rabu, Azmil Muntapha memutuskan bahawa mahkamah tidak dapat menentukan sama ada kematian Teoh adalah disebabkan dibunuh atau membunuh diri.

Keputusan itu dibuat selepas beliau menilai keterangan yang diberikan oleh 37 saksi inkues dalam prosiding yang dijalankan selama 55 hari, sejak bermula pada 29 Julai 2009.

Prosiding inkues diadakan selepas Teoh, 30, ditemui mati di luar tingkat lima pada 16 Julai 2009, Plaza Masalam. Azmil Muntapha dalam keputusannya merumuskan mendiang mati antara pukul 7.15 dan 11.15 pagi, hari yang sama.

Beliau juga memutuskan bahawa kematian Teoh adalah disebabkan oleh kecederaan berganda yang konsisten dengan jatuh dari tempat tinggi.

Read More - Oh! Keluarga Beng Hock Akan Cabar Keputusan Mahkamah Koroner

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...