Woiii NAJIB: pemberontak cakap pembangkang tadak kaitan!

Oh! Krai Utara

Share

Militan Filipina nafi dibiaya pembangkang Malaysia

March 05, 2013KUALA LUMPUR, 5 Mac — Jurucakap Sultan Sulu, Abraham Idjirani, hari ini menafikan menerima dana daripada pembangkang Malaysia, dan menegaskan sekiranya perkara itu benar, dia tidak akan menaiki “kenderaan beroda tiga” untuk ke mana-mana.Kenyataannya itu dikeluarkan kepada Radyo Inquirer 990AM, hari ini.Adik kepada Sultan Jamalul Kiram III, Raja Muda Azzimudie Kiram, itu mengetuai sepasukan 200 anggota militan Filipina yang mencetuskan pertempuran di Lahad Datu, Sabah.Pasukan keselamatan Malaysia telah memulakan serangan jam 7 pagi tadi dengan dimulakan dengan bedilan menggunakan pesawat tempur.Kumpulan penceroboh bersenjata Sulu di Sabah itu juga menerima tentangan hebat dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyebabkan mereka tewas teruk pagi ini, menurut laporan The Star Online hari ini, memetik laporan polis.“Kumpulan bersenjata Sulu tidak mampu melawan kekuatan pasukan keselamatan Malaysia yang memulakan serangan jam 7 pagi Selasa, menurut laporan polis,” kata laporan portal berita itu.Tiada rakyat Malaysia terkorban dalam serangan tersebut tetapi jumlah kematian dan cedera di kalangan penceroboh Sulu masih tidak diketahui, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, pada sidang media jam 11:30 pagi hari ini.The Star Online juga mengatakan situasi di pantai timur Sabah, tempat di mana penceroboh dari Filipina itu bertempur dengan anggota keselamatan negara dilaporkan dalam keadaan terkawal.Pasukan keselamatan Malaysia diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga berikutan ugutan untuk bertindak balas daripada penceroboh yang mendakwa diri mereka sebagai “tentera diraja” Kesultanan Sulu, menurut laporan itu lagi.Jurucakap kumpulan Sulu itu dilaporkan berkata mereka bersedia untuk melawan walaupun bom dan tembakan menghujani mereka pagi ini.Tentera Malaysia melancarkan serangan ke atas penceroboh di Kampung Tanduo, Felda Sahabat, di Lahad Datu jam 7 pagi hari ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam kenyataannya hari ini.The Star Online melaporkan terdapat pertempuran terbaru antara puak bersenjata Sulu dengan pasukan keselamatan hari ini. Tentera sudah bersiap-sedia di kampung tersebut.Bunyi tembakan kedengaran dan jet pejuang kelihatan mengelilingi ladang Felda Sahabat, dan letupan kedengaran 40 minit dari Kampung Tanduo, menurut laporan itu lagi.Kumpulan seramai 200 orang, mendakwa sebagai Tentera Diraja Kesultanan Sulu, mendarat di Sabah pada 9 Februari untuk mengambil tuntutan sultan untuk negeri tersebut.Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifeli Mohd Zain berkata tujuh lagi batalion dihantar ke Sabah sejak Sabtu, dengan lima di Lahad Datu dan masing-masing satu di Sandakan dan Tawau. TMI

6 ulasan:

  1. Unknown berkata...

    Pembangkang tiada kaitan. Tapi Putri Miriyam kata ada sandiwara. Siapa yang bermain sandiwara? Cer cari siape pengarah dan siape pelakonnya. Ini kes besar......bdpuluh org terkorban.

  2. Tanpa Nama berkata...

    Tanya:-) sama najib........

  3. Tanpa Nama berkata...

    Msia serba boleh: - bunuh boleh tutup kes, sandiwara tutup kes, rasuah tutup kes, rompak duit rakyat tutup kes, rogol tutup kes, zina dan arak tutup kes. Yg didedah satu kes saja.....kes fitnah terhadap DSAI. Ha.......kes ni tak habis2. Inilah Msia tanah air ku.

  4. Tanpa Nama berkata...

    LIWAT DAN ZINA ...ADA VIDEO PUN ....PR TAK PERCAYA...HAHAA....BUAT2 TAK PERCAYA...PANDAI BALING....NAK SEMBUNYI PULA...TAK KAN NAK MENGAKU....TANYA...SAMA PR...NAPA ADA LAGU...PASAI...ALLAH NAK TUNJUK DALANGNYA....

  5. Tanpa Nama berkata...

    Yang pasti YB Umno ada seorang nama dia hampir sama dengan ketua pemberontak diLahad Datu.. Dato' Aziz Kiram Dun Batu Talam.

  6. Tanpa Nama berkata...

    bangap nyer orang kampung aku neh pencuri pun tak ngaku dia curi

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...