Sehingga 12:00 AM Laporan langsung HKR 12 Jan, Kuala Lumpur

Oh! Krai Utara

Share

HarakahdailyKUALA LUMPUR: Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) berlangsung di Kuala Lumpur hari ini. Pihak Penganjur menetapkan lapan tempat berkumpul untuk memudahkan pergerakan peserta menuju ke Stadium Merdeka.Perhimpunan ini mendapat jaminan keselamatan dari pihak polis dan kelulusan dari pihak stadium.Perhimpunan rasmi di Stadium Merdeka akan bermula jam 2 hingga 5 petang ini. Bagaimanapun pergerakan peserta dari tempat berkumpul menuju ke Stadium Merdeka dijangka bermula awal pagi ini.Harakahdaily akan membawa laporan langsung perhimpunan ini.Laporan langsung:11.50 am- [Pasar Seni] Wanita Pakatan Rakyat sedia bergerak. Mereka membawa belon, sepanduk dan kain rentang suara perubahan wanita.11.45 am - [Kg.Baru] Kumpulan yang berkumpul di Kelab Sultan Sulaiman hampir 1000 orang mula bergerak ke Stadium Merdeka. Mereka akan bergabung dengan kumpulan KLCC dan kumpulan Jalan Sultan.11.40 am - [KLCC] Hampir 10000 sudah berkumpul di KLCC. Wakil-wakil NGO telah memberi ucapan. Mereka mula berjalan menuju ke Stadium Merdeka. 11.35 am - [Petaling Street] Keadaan di Petaling Street.11.30 am - [Masjid Negara] Kumpulan dari Masjid Negara mula menuju ke stadium. 11.25 am - [Pasar Seni] Kumpulan wanita di Pasar Seni11.20 am - [Masjid Negara] Pasukan Unit Amal menerima taklimat terakhir sebelum mengawal perjalanan peserta ke Stadium Merdeka.11.15 am - [Masjid Jamek] Jalan menghala ke Dataran Merdeka dan ke Sogo mula ditutup. Kumpulan dari Jalan TAR berhampiran Masjid Jamek mula berjalan menuju ke stadium.11.10 AM - [Sogo] Pasukan bermotosikal dilihat melalui jalan ini menuju ke Stadium Merdeka.11.05 am - [Stadium Merdeka] Suasana terkini di Stadium Merdeka. Peserta berpusu-pusu masuk ke dalam stadium.11.00 am - [KLCC] Terkini di KLCC hampir 2000 orang peserta sudah berada di sini. Kelihatan Datuk Kamaruddin Jaffar tiba di sini.10.55 am - [Brickfield] Kumpulan di sini sudah mula bergerak. Mereka akan bercantum dengan kumpulan dari Masjid Ar- Rahman UM sebelum menuju ke Stadium Merdeka.10.50 am - [KLCC] Hampir 1000 orang sudah memenuhi perkarangan KLCC. 30 anggota Unit Amal dilihat sedang menerima taklimat.Mazlan Aliman, Dr. Dzulkefly Ahmad, Dr. Syed Azman akan mengetuai di sini.10.45 am - [Masjid Ar-Rahman, UM] Kumpulan dari sini mula berjalan menuju ke Stadium Merdeka.10.40 am - Biarpun bertongkat, seorang warga emas sanggup turun bersama-sama ke HKR.10.30 am - [Masjid Negara] Suasana di Masjid Negara ketika ini. Jumlah peserta bertambah dengan mendadak.10.25 am - [KLCC] Hampir 100 peserta kini sudah berada di sini. Di sini kumpulan Royalti Kelantan dan Terengganu akan mengepalai perjalanan ke Stadium Merdeka. Mereka mengenakan pakaian Merah dan Hitam.10.20 am - [Brickfields] Kumpulan di sini sedang mengumpul peserta sebelum berjalan menuju ke Stadium Merdeka. Kelihatan komander, kartunis Zunar sedang berada di sini.10.15 am - [Masjid Ar-Rahman, UM] Kumpulan dari sini akan mula berjalan sedikit masa lagi. Jarak dari UM ke Stadium Merdeka kira-kira 10km.10.10 am -[PDRM] Aliran trafik sekitar Kuala Lumpur adalah lancar, kecuali Jalan Loke Yew ke Jalan Kinabalu sahaja sesak.10.00 am - Video sokongan rakyat Malaysia di Jordan terhadap HKR 2013 [Lihat Video].Perhimpunan ini telah diadakan di Mu'tah, Jordan pada 11 Januari 2013 bertujuan untuk menunjukkan tanda sokongan penuh kami yang berada diluar negara khususnya di Jordan terhadap Himpunan Kebangkitan Rakyat 120113 yang berlangsung di Malaysia.9.55 am - Dianggarkan lebih 5,000 peserta sudah berada di sekitar Masjid Negara ketika ini. Mereka masih menunggu komender bertugas sebelum berjalan santai menuju ke Stadium Negara.9.45 am - Berikut adalah lokasi berkumpul sebelum bergerak ke Stadium Merdeka dan komander bertugas:1. Amcorp Mall, Petaling Jaya. Komander: Ust Nasruddin Tantawi, Shamsul Iskandar, Sany Hamzan.2. Masjid Arrahman, UM. Komander: Nurul Izzah, Ng Suee Lim, Safwan Anang, Adam Adli, Raja Iskandar.3. Brickfields. Komander: Raja Ratnam, Faizal, Arutchelvan, Zunar - Kartunis, Maria Chin, M. Kula Segaran.4. KLCC. Komander: Dato’ Husam Musa, Teo Kok Seong, Mazlan Aliman, Zairil Khir Johari.5.Kelab Sultan Sulaiman. Komander: Badrul Hisham (CheGu Bard)6. Pasar Seni. Komander: Dr. Siti Mariah, Teresa, Teo Nie Ching, Elizabeth Wong.7.Jalan Sultan. Komander: Fuziah Salleh, Ishak Surin, Wong Tack, Tan Kok Wai.8. Masjid Negara. Komander: Khalid Samad, Azmin Ali, Dr Mujahid Yusuf Rawa.9.40 am - Nombor HOTLINE Bilik Gerakan Peguam PAS adalah seperti berikut:1. 01-112-8354212. 01-112-8354853. 01-112-8361399.35 am - [PDRM] Keadaan Keselamatan di Kuala Lumpur adalah tenang dan terkawal. Aliran trafik di sekitar Kuala Lumpur adalah lancar. Anggota trafik telah siap sedia untuk kawalan lalu lintas sekitar lokasi utama di Kuala Lumpur.9.30 am - [Jalan Sultan] NGO Hijau anti Lynas SMSL mula tiba. Wong Tack (gambar) sedang ditemuramah media. Mereka dijangka berjalan bermula dari kawasan Jalan Sultan.9.25 am - [KL Sentral] Orang Asal turut tidak ketinggalan untuk menyertai himpunan hari ini. Mereka hadir dengan mengekalkan identiti mereka sendiri.9.20 am - Perjalanan menuju ke Stadium Merdeka dilaporkan lancar. Tiada sebarang sekatan setakat ini. Biarpun himpunan rasmi hanya akan bermula jam 2 pm, namun sudah ramai tiba di stadium pagi ini.9.15 am -[Jalan Sultan] Peserta sedang berkumpul dan ada sudah berjalan menuju ke Stadium Merdeka.9.00 am - [Stadium Merdeka] Peserta mula tiba di Stadium Merdeka. Dilaporkan tiada sebarang halangan setakat ini sepanjang jalan menuju ke stadium.8.40 am - [Masjid Negara] Perkarangan Masjid Negara mula dibanjiri peserta himpunan. Pelbagai kaum dilihat hadir di sini dengan memakai baju warna tema himpunan termasuk Hijau, Kuning, Merah dan Oren.8.30 am - [Trafik] Jalan mula sesak di Lebuhraya Persekutuan dari Subang menuju KL.8.00 am -[Jalan Sultan] Ramai yang sudah mula bergerak ke arah Lokasi HKR. Stadium Merdeka.7.15 am - [Jln Tun Razak] Papan elktronik Sistem Maklumat Pengangkutan Bersepadu (ITIS) memaklumkan trafik ke ibu negara bergerak lancar.Kelihatan anggota polis trafik ditempatkan di beberapa lokasi sepanjang Jalan Tun Razak menuju ke Pusat Bandar.7.10 am - [Stadium Merdeka] Suasana stadium masih lengang namun beberapa peserta sudah tiba di sini.7.00 am - [Stadium Merdeka] Sebahagian anggota Unit Amal DPPM membuat pemeriksaan perbarisan di perkarangan stadium sebelum memulakan tugas. DPPM mengerahkan 5,000 anggota Unit Amal bagi mengawasi himpunan hari ini.6.30 am - Seusai solat Subuh, kelihatan para peserta mula mengunjungi warung-warung untuk sarapan pagi.6.00 am - [Masjid Negara] Para peserta HKR memenuhi Masjid Negara untuk solat Subuh.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...