Hina Ustaz Azhar: TERIMALAH HAKIKAT, AZHAR IDRUS ADALAH USTAZ MEKDI NATANG!!!

Oh! Krai Utara

Share

Nama Azhar Idrus tiba-tiba menjadi gah dan menarik ribuan penonton setiap kali beliau mengadakan persembahan terbuka.....Baik anak muda mahu pun orang tua merasakan sangat seronok mendengar ceramah agama Ustaz Azhar Idrus. Ceramah agama Azhar Idrus bukan apa-apa. Bukan pembentangan pemikiran baru. Bukan ceramah ilmu Islam tulen dan bukan juga memberi apa-apa kesan terhadap tahap keimanan pendengar.Sehingga hari ini belum ada seorang manusia pun diIslamkan oleh Azhar Idrus. Belum ada seorang pelacur pun dikembalikan ke jalan yang benar oleh Azhar.... Belum ada sekumpulan Mat Rempit pun yang tiba-tiba bertaubat “nasuha” akibat ceramah Azhar Idrus.....!Satu-satunya kejayaan Azhar setakat ini ialah memberi nafas baru kepada industri lawak negara. Jika dulu persembahan lawak “loyar buruk” hanyalah selingan persembahan pentas, konsert dan “funfair”, hari ini jenaka ini sudah mencapai tahap yang sangat mengkagumkan.Selain menarik puluhan ribu orang mendengar persembahannya, jenaka ini juga sudah berjaya menerobos pentas politik, masjid dan surau.Baik anak muda mahu pun orang tua, Azhar Idrus susah menjadi ikon agama baru dengan hanya menjawab persoalan-persoalan agama secara jenaka “loyar buruk” atau “lawak bodo”. Misalnya, apabila ditanya bolehkah wanita masuk ke kawasan kubur, beliau menjawab, “kalau belum mati tidak boleh masuklah.” Maka jawapan seperti itu disambut gelak ketawa hadirin di dalam masjid. Suatu ketika dulu kita diajar adab di dalam masjid jangan berlebih-lebihan dalam sesuatu perbuatan baik bercakap mahu pun bergurau. Hari ini Masjid sudah menjadi tempat gelak ketawa yang melampau-lampau.Isu-isu agama dijawab secara lawak jenaka, mainan bahasa dan penceramah agama yang tidak sealiran dengan beliau dipanggil bodo, bahlul di dalam ruang Masjid. Yang mendengar ceramah beliau lebih banyak ketawa mengekek daripada menjadi insaf dan menambah nilai keimanan dalam diri.Di tangan Azhar Idrus, ajaran agama Islam telah direndahkan setahap pentas jenaka. Ajaran agama disampaikan untuk menarik populariti dan menjana kewangan. Justeru tidak hairan biarpun beberapa pandangan penceramah ini menimbulkan kekeliruan kepada umat Islam di negara ini ia tetap dibiarkan berleluasa.Dari segi sambutan puluhan ribu Azhar Idrus boleh dikatakan setarah allahyarham Ahmad Deedat, penceramah dan daie terkenal yang pernah datang ke negara ini suatu ketika dahulu. Cuma bezanya, Ahmad Deedat mengangkta martabat Islam, membawa ilmu yang luar biasa, Azhar Idrus merendahkan ilmu dakwah Islam dengan loyar buruk, kata-kata kesat dan penipuan. Ya, penipuan yang akan saya dedahkan dalam tulisan berikut.Ada orang bertanya mengapa Astro mewujudkan slot soal-jawab bersama Azhar Idrus sedangkan jawapan-jawapan beliau tidak mencerminkan keilmuan Islam. Jawapannya; Rating...!Ini kerana orang Melayu Islam suka mendengar ceramah yang karut-marut, menghiburkan hati dan berbentuk jenaka. Orang Melayu memang terkenal dengan tradisi penglipur lara dan Azhar merupakan penglipur lara moden orang Melayu.Cuma, kalau Astro mahu mengejar rating atas populariti Azhar Idrus maka masukkanlah beliau ke dalam Maharaja Lawak. Saya percaya lawak beliau lebih lucu dan sensasi berbanding Jozan yang semakin mengarut dengan lawak-lawak bodoh.Lebih malang ketika peserta Maharaja Lawak dilarang membuat lawak-lawak yang membabitkan sensitiviti agama dan mana-mana individu, saluran Oasis Astro membenarkan seorang pelawak bercakap isu-isu agama.Tapi apa diharap dari sebuah stesen televisyen yang dimiliki oleh seorang yang bukan Islam.Oleh Kunta Kinte Malaysia (Ciplak) - mykmu.net

Sumber:
http://theflyingkick.blogspot.com/2013/01/terimalah-hakikat-azhar-idrus-adalah.html

Penulis amat berohon pencerahan, sila ulas pandangan dan hujjah anda, semoga serangan sebegini terhadap ulama dapat di tangkis sehingga cai2 umno terima pengajaran macam papa gomo. Penulis menyalin tajuk dan artikel ini dari alamat di atas, tuan puan di harap bersama untuk menyanggah kebebalan cai2 umno ini.tq

6 ulasan:

  1. ju berkata...

    Org yg x ilmu dan x mau belajar agama malah lbh teruk apabila sanggup hina ustaz yg mhu bw anak muda ke arah kebaikan, tarafnya lbh hina dan rendah dr natang!

  2. Tanpa Nama berkata...

    Lagi teruk kalau laki bini umur 60-an masih datang tengok K-pop. Syaitan dan iblis memang suka kalau umat manusia mencintai hiburan ala kpop. Patutnya usia dan tinggal tak seberapa ni ingat-ingatlah lubang kubor.

  3. Tanpa Nama berkata...

    Dulu kawan kita asik merempit dan tinggal solat. Tapi sejak aktif layan ustaz Azhar Idrus ni, kawan kita tu dah tau nak bersolat walaupun peelnya merempit masih diteruskan.

  4. Tanpa Nama berkata...

    bagi gua ustaz azhar idrus terbaik.daripada gua
    layan ceramah penipu dari puak gila babi umnobn yg tak mendatang ilmiah lebih baik gua layan ceramah ustaz azhar idrus.sekurang-kurang gua tahu tentang sunnah nabi atau sebagainya.

  5. gua melayu beb berkata...

    Nk buat mcm mna,bila cai2 UBN fobia dgn org ugama.Yg mereka suka ada lh ustaz2 yg blh putar skit hal2 agama untuk kepentingan politik mereka.

  6. Tanpa Nama berkata...

    semalam, rasanya ada ahli UMNO hempas TV bila Zizan meniru gaya UAI. Almaklum lah, syaitan Yang Dikenali mesti "panas".

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...