Hebat! Doktor Palestin Hospital Gaza boleh cakap loghat Kelantan

Oh! Krai Utara

Share

sinarharian
GAZA CITY - Siapakah yang tidak terkejut apabila ketika sedang melangkah masuk ke unit rawatan rapi As-Shiffa, antara hospital yang kini paling menjadi perhatian dunia kerana menempatkan penduduk Gaza yang cedera  dan meninggal dunia akibat serangan Israel, tiba-tiba seorang doktor Palestin menyapa anda, "Apa khabar?" dan terus berbual dalam loghat Kelantan.Inilah yang dialami seorang wartawan Malaysia ketika terserempak dengan Dr Ahmad Al-Mughrabi, pakar bedah plastik berusia 35 tahun yang bertugas di hospital itu.Dr Ahmad, yang ternyata begitu disenangi oleh pesakit di As-Shiffa, sebenarnya pernah bertugas secara sangkut selama empat bulan di Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian, Kelantan dan menyambut Ramadan diMalaysia.Doktor ini berkata semasa berada di Malaysia, beliau memberi ceramah di merata tempat tentang perkembangan di Gaza sambil mengumpul derma untuk dihantar pulang ke tanah airnya untuk membantu mereka yang memerlukan."Saya suka segala-galanya tentang Malaysia, rakyatnya, makanan dan  persekitarannya. Rakyatnya memang tidak lokek untuk memberi kerjasama."Saya juga rindukan makanan berempah, terutama yang dihidangkan di restoran India dan mamak. Makanan paling saya rindu ialah nasi biryani," katanya.Dr Ahmad berkata doktor Malaysia dialu-alukan datang bertugas secara sangkut di sini memandangkan hospital di Gaza kekurangan doktor dan ubat-ubatan."Kami mengalu-alukan kedatangan sesiapa saja yang ingin membantu. Ini adalah tanah air anda juga," kata doktor yang sentiasa berperwatakan ceria ini.Beliau berkata ketika Israel melancarkan serangan selama lapan hari baru-baru ini, hospital itu menerima kira-kira 800 penduduk Gaza yang cedera dan sebahagian besar kematian berlaku di situ.Sebelum meminta diri untuk menyambung tugasnya yang sentiasa sibuk, Dr Ahmad berkata: "Saya sayang Malaysia dan jangan lupa beritahu tentang pembunuhan beramai-ramai ini ke seluruh dunia."As-Shiffa, kompleks perubatan terbesar dan merupakan hospital pusat di Gaza, terletak di daerah Rimal Utara, dan menjadi pusat media ketika Operation Cast Lead 2008-2009 serta serangan Israel terhadap Gaza baru-baru ini. - Bernama

0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...