UPSR:Felda Kemahang 1 terbaik di Malaysia

Oh! Krai Utara

Share KEMAHANG DUA - Felda Wilayah Gua Musang muncul sebagai Felda terbaik seluruh negara bagi pencapaian cemerlang murid dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun lalu. Pengurus Besar Felda Wilayah Gua Musang, Norzuki Mustafa berkata, kecemerlangan dicapai menerusi program pendidikan antaranya Skim Tuisyen Felda (STF) melibatkan sepuluh sekolah rendah di Felda dan tiga sekolah rendah iaitu sebuah di Kemahang sementara dua di Gua Musang. Menurutnya, setiap sekolah mempunyai mempunyai satu kelas STF. “Sementara itu, tiga sekolah pula mengikuti program menerusi Pusat Pendidikan Sains iaitu di Chiku dan Kemahang. “Sekolah di Kemahang Satu telah mencatat kejayaan cemerlang apabila 23 muridnya memperoleh 23 keputusan 5A,” katanya. Norzuki berkata, pada keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang diumumkan baru-baru ini, seramai 24 pelajar memperoleh keputusan 6A dan ke atas. Menurutnya, pencapaian itu merupakan antara terbaik dalam sejarah pendidikan di Felda.- SH

0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...