OH:The Red Warriors dapat Anugerah RM200,000 lupus hutang RM378,341

Oh! Krai Utara

Share PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (Kafa) bakal menerima insentif RM200,000 daripada Kerajaan Negeri selepas kejayaan The Red Warriors menjulang Piala Malaysia, buat pertama kalinya dalam sejarah bola sepak negara, baru-baru ini. 

Kerajaan Negeri turut mengambil keputusan melupuskan tunggakan cukai hiburan RM120,794 terhadap Kafa bagi menghargai sumbangan persatuan itu menaikkan imej bola sepak Kelantan. 

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO negeri, Abdul Fatah Mahmood berkata, terserah kepada Kafa untuk mengagihkan wang itu kepada pemain. 

“Cuma Kerajaan Negeri meminta Kafa memaklumkan kepada kita untuk menetapkan tarikh majlis pemberian insentif berkenaan dan dicadangkan ia diadakan di Kota Darulnaim. 

“Sumbangan itu diluluskan dalam mesyuarat Exco mingguan hari ini (semalam),” katanya kepada media selepas Mesyuarat Exco Mingguan di sini, semalam. 

Menurutnya, Kafa tidak perlu menjelaskan bayaran tunggakan cukai hiburan bagi 13 perlawanan bola sepak selepas April hingga September lalu. 

Beliau berkata, pada awal tahun ini pihaknya pernah melupuskan cukai itu sebanyak RM257,546. 

”Sehingga kini maknanya Kerajaan Negeri melupuskan cukai hiburan terhadap Kafa berjumlah RM378,341 termasuk cukai terbaru itu. 

“Kita (Kerajaan Negeri) pulangkan balik kepada Kafa sebagai menghargai sumbangannya menaikkan nama Kelantan dalam Piala Malaysia ,” katanya.-sh

0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...