OH Tuhan:Bisnes Sperma Boleh Kaya!

Oh! Krai Utara

Share
Dua lelaki Inggeris didakwa meraih keuntungan secara haram dengan menjalankan laman web yang menyediakan sperma kepada wanita yang ingin hamil. Nigel Woodforth dan Ricky Gage meraih pendapatan £pounds;250,000 (RM1 192 410.00) dengan menjalankan syarikat dalam talian yang memperkenalkan penderma sperma tidak dikenali kepada wanita yang inginkan anak. 

Woodforth, 43 tahun, menjalankan syarikat itu dari ruang besmen rumahnya. Kedua-dua lelaki itu tidak mempunyai lesen untuk menerima dan mengedarkan sperma, seperti yang disyaratkan oleh undang-undang Britain. Hampir 800 wanita telah membuat bayaran untuk menggunakan perkhidmatan syarikat tersebut, yang menyediakan senarai maklumat penderma lelaki tidak dikenali itu.Mereka boleh membuat pilihan - dari segi etnik, ketinggian sehinggalah warna rambut - daripada penderma sperma yang mereka mahu gunakan dan sperma itu kemudian dihantar ke rumah menggunakan syarikat pengiriman.

Kedua-dua lelaki itu menghadapi dua tuduhan berhubung menyediakan sperma secara haram tetapi mereka mengaku tidak bersalah. Mereka mendakwa bahawa syarikat tersebut hanya memperkenalkan perkhidmatan tersebut tetapi urusan perjanjian dijalankan secara peribadi oleh penggunanya. Kedua-dua lelaki itu ditahan pada April tahun lalu selepas polis menjalankan siasatan dengan menyamar sebagai penyumbang dan wanita yang mencari sperma.

***teori kapitalis berpendapat, jika ada permintaan maka penawaran akan meningkat dan begitulah sebaliknya. orang-orang yang berkiblatkan kapitalis sentiasa mengintai peluang untuk meningkatkan keuntungan, tidak kira secara sah atau sebaliknya. nak belajar keburukan kapitalis yang lebih mendalam sila berguru dengan paklong tt*

0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...