OH Politik:Sambutan Hari Malaysia Jeffery- Tuan rumah Hari M'sia negeri paling mundur

Oh! Krai Utara

Share Sabah yang bakal menjadi tuan rumah sambutan Hari Malaysia esok terus merupakan negeri yang serba serbi mundur dari segi pembangunan infrastruktur walaupun telah 47 tahun mencapai kemerdekaan melalui pembentukan Malaysia pada 1963, lapor TV Selangor.

dr jeffery gopari kitinganPimpinan PKR Sabah, Jeffery Kitingan memetik buku Rancangan Malaysia Ke-9 yang melaporkan Sabah sebagai negeri yang paling mundur dan termiskin di Malaysia.

"Kalau kita lihat perbandingan antara negeri -negeri, Sabah nombor 14, dari segi pencapaian pembangunan," katanya kepada TV Selangor di Shah Alam, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan timbalan menteri pengangkutan Datuk Abdul Rahim Bakri yang menyatakan, masyarakat luar bandar di Sabah harus bersyukur kerana penyertaan Sabah dalam Persekutuan Malaysia 47 tahun yang lalu adalah suatu keputusan kepimpinan terdahulu yang tidak sia-sia.

Beliau dipetik berkata transformasi secara umum telah banyak berlaku di luar bandar khususnya daripada segi pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam walaupun tidak dapat dinafikan masih ada sedikit lompang. BACA LAGI

0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...