Oh Politik:Lagi UMNO buat lece...Buat Mail Box pun X reti?
Oh! Krai Utara
KUALA KRAI - Setelah sekian lama berdepan masalah surat rosak dan tidak sampai kerana menggunakan khidmat wakil pos, penduduk Rancangan Pemulihan Tanah (RPT) Mengkebang, dekat sini, gembira apabila pihak berkenaan meluluskan pembinaan Peti Surat Masyarakat di tanah rancangan itu, baru-baru ini.
Susulan kelulusan itu, sebuah Peti Surat Masyarakat bernilai RM120,000 dibina Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) di tanah rancangan itu sebelum dirasmikan Pengerusi Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), Datuk Ramzi Ab Rahman, 5 Ogos lalu.
Sempena perasmian itu, Ramzi yang juga Ketua UMNO Bahagian Kuala Krai turut menyerahkan kunci peti surat berkenaan kepada seramai 350 penduduk terlibat.
Majlis perasmian dan penyerahan kunci peti surat itu turut disaksikan Timbalan Pengurus Negeri Pos Malaysia Kelantan merangkap Ketua Operasi Mel Kelantan, Amran Ismail.
Bagaimanapun, kegembiraan penduduk terbabit tidak lama apabila peti surat yang masih belum sempat digunakan itu ‘dibuang’ pagi kelmarin, dipercayai kerana tidak menepati spesifikasi ditetapkan.
Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Zulkifli berkata, tindakan mencabut peti surat yang siap dipasang itu menimbulkan persoalan dalam kalangan penduduk kerana dilihat sebagai satu pembaziran dan merugikan wang rakyat.
“Saya difahamkan peti surat ini terpaksa dibuang kerana pembinaannya tidak mengikut spesifikasi ditetapkan Pos Malaysia, termasuk tidak dapat memuatkan surat dengan saiz tertentu.
“Apa yang menjadi tanda tanya ialah adakah kontraktor terbabit tidak menyemak dulu spesifikasi yang ditetapkan sebelum peti surat yang menelan kos beratus ribu ini dibina atau sebelum dirasmikan,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.
Sementara itu, Sinar Harian difahamkan, peti surat itu terpaksa dibuang untuk dibaiki bagi menepati spesifikasi ditetapkan dan dijangka mengambil masa sekurang-kurangnya tiga minggu sebelum dapat dipasang semula. - SH
ulasan gua:
memang bangang kerja puok2 ni buat benda kecik alah ni pon tak bleh....cukuplah kami dah muak dengan perangai korang UMNO kuala krai...x payah mimpi nak tawan balik kuala krai lahhhh...
sampai 120 K benda tu...ngan GOK ayam belakang umah wa pon besar lagi gok ayam aku....hu3
kos 10 000 dah patut...paling mahai pon kita bagi laaa 20 k, 100 000 lagi masuk perut sapa ramzi?
0 ulasan:
Catat Ulasan