oh kar:JPJ nafi DBQ1 milik pemangku raja Kelantan Tengku Muhammad Faris Petra
Oh! Krai Utara
Beliau menjelaskan sehingga ini nombor pendaftaran berkenaan masih berada dalam pemilikan JPJ Kelantan.
Beliau mengulas laporan akhbar The New Straits Times semalam yang memetik Abdul Ghani sebagai berkata Pemangku Raja Kelantan berjaya membida nombor pendaftaran kenderaan "DBQ 1" pada harga RM145,000.
"Dengan penjelasan ini, laporan dalam akhbar berkenaan adalah tidak benar sama sekali," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata siri nombor pendaftaran kenderaan DBQ 1 telah ditawarkan melalui sistem tender terbuka.
0 ulasan:
Catat Ulasan