OH Artis: TERKINI! kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya - Tertuduh Berminat Jadi Ahli BN!
Oh! Krai Utara
Peguam bergelar Datuk yang merupakan suspek utama dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga individu lain bercadang untuk menyertai MIC, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T. Murugiah.
Murugiah berkata, beliau bertemu dengan suspek pada program komuniti Hari Raya di Bukit Cheeding, Banting pada 8 September iaitu tiga hari sebelum suspek ditahan polis.
“Saya dijemput untuk menyerahkan sumbangan yang ditaja beliau (suspek) untuk komuniti orang asli di kawasan itu.
“Ia merupakan pertemuan kali pertama dengan dia. Saya lihat dia seorang yang pemurah dan peramah tetapi tidak menyangka di sebaliknya,” katanya kepada media selepas mengunjungi rumah keluarga Sosilawati di sini.
Murugiah berkata, pada awalnya tiada masalah bagi suspek untuk menyertai MIC kerana suspek merupakan seorang peguam berpendidikan tinggi.
“Saya menasihatkan dia supaya mengisi borang keahlian dan perkara itu akan dimaklumkan kepada Presiden MIC, Datuk Seri Samy Vellu,” katanya.
Bagaimanapun jelasnya, MIC tetap tidak akan menerima suspek untuk menyertai parti sekiranya didapati bersalah berikutan rekodnya sebelum ini dipertikaikan.
Menurutnya, MIC mahukan pemimpin yang bersih dan bukan golongan seperti itu.
“Kita hendak buat baik dengan orang, buat baik dengan rakyat, itulah pemimpin yang sepatutnya kita cari dalam parti,” kata Murugiah.
Beliau menambah, kemungkinan gelaran 'Datuk' suspek juga perlu disiasat kesahihannya agar tidak menyelewengkan pemikiran rakyat. -mstar
ulasan KRAI Utara:
nasib baik lawyer ni tak gi apply nak sertai DAP, kalau dia gi apply nak masuk DAP ke, PKR ke, kalutlah blogger dan facebookers pro PR kena ligan ngan Facebookers BN! naseb baik! betul2 nasib baik. tapi dalam banyak2 nasib baik tu, siapa pulak yang terberi anugerah datuk kat beliau. tapi kalau kita nak salahkan pemberi gelaran tu memang tak patut jugak! sebab beliau mana tau perangai seseorang!
kerja2 jaga perangai orang ni bukan kerja kita, allah jua yang tahu. cumanya lain kali kalau nak anugerah pangkat ni kita (rakyat) mintak2 lah orang orang di beri gelaran di siasat latar belakang dia dahulu.
0 ulasan:
Catat Ulasan