Oh Politik: UMNO akan perkudakan Guru untuk tawan kelantan - Tuk Pa
Oh! Krai Utara
PASIR PUTEH - Badan Perhubungan UMNO Kelantan merapatkan perhubungan dengan warga pendidik dalam usaha membantu Barisan Nasional menawan Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke-13 kelak.
Pengerusinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, beliau melihat perkembangan agak baik apabila sambutan untuk program yang diadakan di Tumpat, Bachok dan Pasir Puteh agak memberangsangkan.
Menurutnya, kehadiran kira-kira 500 hingga 600 warga pendidik itu merupakan petanda baik ke arah perubahan politik di negeri ini.
“Golongan guru mempunyai pengaruh yang amat besar untuk menarik sokongan masyarakat sama ada di bandar mahupun di kawasan kampung-kampung kerana mereka lebih rapat dengan masyarakat setempat.
“PRU Ke 13 merupakan saat paling penting kerana ia boleh menentukan servival bangsa Melayu sama ada kekal memerintah negara atau sebaliknya,” katanya.
Beliau yang Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, perkembangan semasa menyaksikan keistimewaan Melayu sentiasa dicabar walaupun ianya sudah termaktub dalam Perlembagaan Negara.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Bersama Warga Pendidik Peringkat Pejabat Pelajaran Daerah Pasir Puteh di Sekolah Menengah Kebangsaan Tok Janggut di sini, malam kelmarin.
Lebih 500 guru dan kakitangan menyertai majlis berkenaan yang turut dihadiri Pengarah Pelajaran Kelantan, Hussain Awang, dan Pegawai Pelajaran Daerah Pasir Puteh, Ismail Ghazali.
“Apa yang penting ketika ini ialah kita mesti memastikan pertambahan kerusi untuk Parlimen dan negeri berlaku kerana ianya menguatkan kedudukan sekali gus memberi faedah kepada orang Melayu.
“Oleh itu, sokongan secara menyeluruh guru-guru daripada 574 sekolah di seluruh negeri ini amat diperlukan,” katanya. - sinar harian /5 sept 2010
5 September 2010 pada 9:39 PTG
bengong betul UMNO ni.....semua benda dia nok guna sbg alat perkakas dio.
tak mustahil cikgu2 akan sokong UMNO sebab cikgu2 nak pindah klate bukanya senang....mahu 10 ke atas baru boleh pindah....tu pun pakai kabel...dah balik, takutlah kena pindah dari klate smula....sbb tu semua pakat ikut joh...
lepah tu pulak.....pengetua sekolah, ppd dan pegawai JPN semuanya dilantik dari kalangan totok UMNO...gilo betul UMNO nih...