Oh Politik:Manfaat peluang bertemu pemimpin

Oh! Krai Utara

Share
SUNGAI EMBAK – Pelbagai acara disusun sepanjang hari sempena program Cakna Rakyat DUN Mengkebang yang diadakan di padang berhadapan Sekolah Kebangsaan Sungai Embak dekat sini khusus untuk penduduk dalam kawasan Mengkebang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mengkebang, Abdul Latiff Abdul Rahman berkata, pelbagai pertandingan dan kemudahan disediakan sepanjang program tersebut yang bermula awal pagi sehingga lewat petang.


Menurutnya, ia diadakan bertujuan mengeratkan hubungan di antara penduduk semua kaum dalam kawasan DUN Mengkebang bersama pemimpin tempatan.

Beliau berkata, peluang yang ada dalam setiap kawasan masing-masing seperti ini perlu dimanfaatkan oleh penduduk untuk saling berinteraksi di antara satu sama lain.

“Program ini diadakan khusus untuk penduduk setempat keluar beramai- ramai dan saling berinteraksi dalam suatu program tidak formal bersama jiran, rakan dan ahli keluarga masing- masing.

“Dalam masa yang sama juga penduduk dapat beramah mesra bersama pemimpin tempatan yang hadir di samping bertemu pemimpin peringkat akar umbi dalam kawasan Mengkebang ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, program ini juga dapat memupuk semangat kerjasama di antara penduduk dan pemimpin kampung masing- masing melalui pelbagai acara yang disediakan seperti pertandingan khemah di antara mukim penghulu yang menuntut kerjasama semua pihak.

Selain itu diadakan juga cara untuk pelbagai peringkat umur termasuk bagi golongan lelaki dewasa, wanita, belia dan kanak- kanak.

“Semua yang diaturkan sepanjang hari ini saya rasa mendapat sambutan menggalakkan daripada semua penduduk setempat dari pelbagai kaum dan peringkat umur.

“Justeru saya merakamkan jutaan terima kasih kepada semua AJK dan penduduk yang menjayakan program ini sepenuhnya sepanjang acara dijalankan,” katanya.

Majlis perasmian disempurnakan Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli. -SH

0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...