Oh Politik:Perak Terima Pelaburan 11.6 Billion...lagi2 tipu olang haiiiya! UMNO punya kelija
Oh! Krai Utara
IPOH - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Remis, Nga Kor Ming menggesa Exco Kanan Negeri, Datuk Hamidah Osman memohon maaf kepada rakyat berikutan dakwaan Perak telah menerima pelaburan berjumlah RM11.6 bilion.
Kor Ming berkata, ADUN Sungai Rapat itu juga telah mengulangi perbuatan berkenaan pada sesi Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) penggal ketiga kelmarin, dengan mengulangi kenyataan sama.
Menurutnya, Hamidah tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan palsu tersebut, secara terang-terangan, terutamanya ianya dibuat pada sesi Sidang DUN.
“Berdasarkan kenyataan daripada pihak United Nations (U.N) 2010, Malaysia sekadar menerima pelaburan berjumlah RM4.4 bilion, dan ianya mengakibatkan buat pertama kali dalam sejarah, negara ini ketinggalan di belakang Filipina, Vietnam, Thailand dan Singapura.
“Kini, terpulang kepada rakyat untuk membuat penilaian mereka sendiri berhubung perkara tersebut,” katanya.
Sementara itu, ADUN Titi Serong, Khalil Idham Lim Abdullah menggesa Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk R Ganesan meletak jawatan serta merta bagi memberi laluan kepada Sidang DUN yang lebih lancar selepas ini.
Katanya, tingkah laku serta kredibiliti Ganesan dilihat tidak bersesuaian bagi menjawat jawatan sebagai Speaker DUN Perak.
“Jika sebelum ini, dia (Ganesan), telah menolak 200 soalan daripada kami, kini dia dilihat seolah-olah seperti tidak tahu peraturan dalam dewan.
“Dia juga dilihat tidak ‘segar’ bagi menjawat jawatan berkenaan dan perlu melepaskannya segera,” katanya.-SH
0 ulasan:
Catat Ulasan