Oh Politik: JKKKP Berat Sebelah - YDP Kuala Krai
Oh! Krai Utara
KUALA KRAI - Yang Dipertua Pas kawasan ini, Abdul Latiff Abdul Rahman melahirkan rasa pelik dengan tindakan segelintir Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) yang enggan menandatangani surat pengesahan pelajar layak menerima wang ihsan kerana perbezaan politik.
Beliau yang juga Ketua Dewan Pemuda Pas Kelantan berkata, dia ada menerima aduan daripada penghulu mukim di bawah Kerajaan Negeri mengenai beberapa Pengerusi JKKKP di Parlimen ini yang bersikap ‘pilih bulu’ dalam isu berkenaan.
Menurutnya, perkara itu tidak patut berlaku kerana wang tersebut sepatutnya dibayar dalam bentuk royalti minyak untuk diuruskan Kerajaan Negeri sebelum dinamakan wang ihsan dan disalurkan kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan.
“Wang ini hak rakyat Kelantan dan sepatutnya dibayar dalam bentuk royalti kepada Kerajaan Negeri tetapi dirampas dan diberikan kepada JPP atas nama wang ihsan.
“Kalau jadi hak rakyat Kelantan, sepatutnya wang (ihsan) ini diagihkan dengan adil tanpa mengira agama, bangsa atau parti mana asalkan dia orang yang layak terima,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Bantuan Armalah (ibu tunggal) dan Anak Yatim Dewan Undangan Negeri (DUN) Mengkebang, dekat sini, kelmarin.
Pada majlis itu, seramai 400 armalah dan anak yatim termasuk dalam kalangan bangsa Cina dan India dari DUN berkenaan menerima sumbangan daripada Kerajaan Negeri.
Abdul Latiff yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Mengkebang berkata, sikap ‘ketua kampung’ di bawah Kerajaan Persekutuan itu jauh berbeza dengan pemimpin di bawah Kerajaan Negeri yang tidak bersikap pilih kasih dalam menyalurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.
Menurutnya, bukti dapat dilihat pada pelbagai skim bantuan di bawah Kerajaan Negeri seperti Takaful Kifalah, armalah, anak yatim dan bantuan belajar yang diagihkan kepada semua rakyat asalkan layak.
“Tok Guru (Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) selalu berpesan kalau hendak sampaikan bantuan, jangan pilih bulu, jangan tanya dia parti mana, agama atau bangsa apa tetapi tengok sama ada dia layak atau tidak,” kata Abdul Latiff.
Sementara itu, beliau berkata, program masuk kampung dan penyampaian bantuan kepada rakyat yang dilaksanakan Kerajaan Negeri berjalan secara berterusan. -sh
15 Ogos 2010 pada 12:04 PTG
Pengerusi JKKKP tu bukan tak sir sain surat tu... mungkin hok minta tu tak layak... maklum saje la bila tiba time pitis pakat berebut... tak kira halal haram... buta mata buta hati... islam duk tepi... hak tak layak buat2 layak.. mungkin pengerusi tu kenal... jadi pengerusi tu tak sir bersubahat la....
3 Februari 2011 pada 12:28 PG
kalu pengerusi jkkkp tu berat sebelah, tok ngulu tu berat ko tepi la pulok.. ada ko tok ngulu pas duk bagi brg ko org umno, tapi jkkkp banyak duk bagi wang ehsan ko org pas, anak tok ngulu pas pun bulih.... sapa yg jahat sebenarnya????