Oh Politik: Hubungan mesra intim Aziz-Rohana

Oh! Krai Utara

Share


Rumah Siti Rohana di Kampung Sungai Gulang-Gulang, Tanjung Karang yang tiada penghuni semalam.

SHAH ALAM - Spekulasi perkahwinan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang, Datuk Abdul Aziz Mohd. Noh dengan pembantunya, Siti Rohana Ismat didakwa hangat diperkatakan sejak setahun lalu.

Ketua Wanita UMNO Bahagian Tanjung Karang, Habibah Yusof berkata, kedua-dua mereka memang rapat, lebih-lebih lagi Siti Rohana menjadi orang kuat ketika Abdul Aziz bertanding pada pilihan raya umum pada tahun 2004.

Bagaimanapun, menurut Habibah, sejauh mana hubungan tersebut tidak diketahui kerana dia sendiri tidak pernah bertanya kepada Naib Ketua Wanita UMNO Tanjung Karang itu memandangkan ia adalah urusan peribadi masing-masing.

"Namun spekulasi perkahwinan itu memang hangat diperkatakan dalam tempoh setahun lalu tetapi saya tidak mahu tanya kerana Siti Rohana juga merupakan ibu tunggal sama seperti saya," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

kosmo

2 ulasan:

  1. Tanpa Nama berkata...

    patutnya hal rumah tanga takyah la nak diceritakan takut fitnah sampai ke kubur tak elok la...

  2. Tanpa Nama berkata...

    sepasang merpati dah kahwin ke atau belum tidaklah timbul persoalan dalam mati trajis ini.kalau belum kahwin mencari jalan menghalalkan masih banyak ruang lagi,kalau sudah kahwin pandai pandailah mengistiharkan secara damai.yang rakyat ingin sangat tahu kenapa boleh berlaku dan apakah sebabnya berlaku,adakah pihak ketiga terlibat.terlalu amat jarang sekali kita terdengar orang yang beragama islam membuat keputusan sebegini.apa pun keputusan, pdrm tidak boleh lari dari pengistiharan yang benar melainkan yang benar kepada rakyat,kerana datuk[arwah] pernah diberi mandat oleh rakyat menjadi wakil mereka.perlu ingat pdrm digajikan oleh rakyat,demi keadilan,kebenaran tanpa prejudis terhadap sesiapa pun,dari rakyat kamu digajikan terhadap rakyat wajib kamu berbakti.

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...