Oh Artis:Zlatan Ibrahimovic - Pemain Bola Sepak Muslim Termahal Di Dunia

Oh! Krai Utara

Share

City tawar striker Ibrahimovic 500,000 pound seminggu

imagesLONDON: Manchester City menawarkan kontrak empat tahun kepada Zlatan Ibrahimovic bernilai 96 juta pound atau 500,000 pound seminggu.
Nilai kontrak raksaksa ini membuat striker dari Barcelona itu sebagai pemain bolasepak termahal di dunia, menerima pendapatan 24 juta pound setahun.
Rundingan ini membuat gaji yang diperolehi oleh pemain bintang utama seperti Lionel Messi, Cristiano Ronaldo dan Kaka menjadi tersangat kecil.
Wakil-wakil City membuat tawaran ini terus kepada pengurus Ibrahimovic, Mino Raiola untuk menunjukkan betapa bersungguh-sungguh usaha mereka mendapatkan khidmat pemain itu.
Jumlah kontrak ini kelihatan terlalu besar berbanding 11 juta pound setahun yang diperolehi striker itu di Nou Camp.
Ibrahimovic tidak mendapat tempat di Barca walaupun hanya menyertai kelab itu tahun sudah dalam rundingan bernilai 50 juta pound yang juga menyaksikan Samuel Eto’o dari Barcelona berpindah ke San Siro.
Striker yang kental ini tidak menjadi pilihan jurulatih Pep Guardiola sejak Februari lalu dan kedua-dua mereka kini kurang bercakap.
Ibrahimovic kecewa
Ibrahimovic kecewa kerana beliau tidak menjadi pemain regular dan bercanggah pendapat dengan jurulatih mengenai corak permainan.
Jadi peluang untuk terlibat dalam pembinaan kelab baru untuk menyaingi kelab-kelab terbaik di Eropah merupakan satu tarikan kepadanya terutama dengan tawaran pendapatan yang begitu lumayan.
Striker ini sudah biasa dengan bos City Roberto Mancini selepas kedua-dua mereka bekerjasama di Inter Milan.
Sumber yang rapat dengan Ibrahimovic berkata, "City telah menunjukkan betapa mereka sungguh beminat dengan beliau dan walaupun gajinya di Barcelona agak lumayan tetapi tawaran City ini adalah sesuatu yang menakjubkan.
"Ini membuat beliau banyak berfikir terutama beliau tidak gembira dengan permainannya di Barca." The Sun, London.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...