Oh Artis:Ramdhan & Jam Berharga RM 2.4 Juta
Oh! Krai Utara
KUALA LUMPUR - Jarang sekali kita mendengar seutas jam tangan dijual di negara ini pada harga RM2.4 juta.
Sekali imbas, anda mungkin tertanya-tanya mengapa jam tersebut begitu mahal melebihi harga kereta Ferarri.
Namun bagi sebuah syarikat pengeluar jam A Lange & Sohne yang mengeluarkan jenama A Lange & Sohne, perkara tersebut bukanlah mustahil.
Malah bagi peminat-peminat jam berjenama mahal di Malaysia, inilah masanya untuk mereka memiliki jam tersebut.
Syarikat berpangkalan di Jerman itu yang membawa falsafah produk jamnya adalah tepat waktu kini merancang untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah pasaran jam yang menguntungkan. KOSMO
0 ulasan:
Catat Ulasan