Oh Politik;perwakilan MIC kecam PERKASA...episod bertumbuk dah nak mula?
Oh! Krai Utara
Perwakilan tersebut - S Pulligesi dari Batu Gajah - berkata PERKASA sepatutnya diharamkan sejak awal lagi.
Beliau turut menyalahkan Ibrahim yang didakwanya bertanggungjawab menimbulkan ketegangan kaum di negara ini.
Ibrahim, dakwanya, sering mempertikaikan kerakyatan individu yang menimbulkan isu tertentu.
"Tapi siapakah dia untuk menuntut perkara ini?," soalnya ketika membahaskan ucapan dasar presiden.
"Dia boleh cakap apa yang dia mahu (kerana) ada wakil daripada kerajaan yang menyokongnya," katanya.
Beliau bagaimanapun tidak menamakan individu di dalam kerajaan yang didakwa mendukung PERKASA.
Pulligesi seterusnya meminta presiden Datuk Seri S Samy Vellu supaya masuk campur.
Beliau memberi amaran, negara akan diancam bahaya sekiranya keadaan ini tidak diperbaiki.
Dalam pada itu, seorang lagi perwakilan menuntut supaya pemimpin yang menyebabkan perpecahan kaum, ditahan bawah ISA.
Wakil Labuan, R Ramasamy berkata perdana menteri perlu segera menahan pemimpin "berlidah tajam" itu - termasuk ahli politik dan pegawai kerajaan.-mkini
lagi episod pecah kepala umno bn la ni...
12 Julai 2010 pada 12:47 PG
Apa macam Brahim Katak? MCA dah hentam,Pemuda UMNO dah hentam dan sekarang MIC pulak hentam.Apa lagi? Takkan sekadar cabut keris saja,bila lagi nak bersilat? Untuk makluman ahli-ahli MCA dan MIC,Brahim Katak dan Perkosa ni adalah agen UMNO.Itu pasal Mahathir Kutty yang merasmikan penubuhan Perkosa tu.UMNO sudah kehilangan sokongan Melayu jadi Perkosa dijadikan proxy UMNO.Towkeh-towkeh dan anei-anei ada faham?