Oh Politik: Mat Taib dah Tak mahu ketuai Kelana Jaya..tanda tanda kecil UMNO dah nak kiamat
Oh! Krai Utara
Umno bahagian Kelana Jaya masih mampu beroperasi seperti biasa walaupun tugas ketua bahagiannya kini telah dipangku timbalan ketua bahagian itu, kata presidennya Datuk Seri Najib Razak.
Katanya, isu itu juga tidak dibangkitkan dalam mesyuarat majlis tertinggi Umno petang ini.
"Tak bincang, tapi bahagian Kelana Jaya boleh teruskan. Tak ada masalah," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat tersebut petang ini.
Najib turut ditanya lanjut berkaitan tindakan ketua bahagian itu Tan Sri Muhammad Muhd Taib yang menyerahkan tugas ketua bahagian itu kepada timbalan beliau.
"Tak apalah dia (Muhammad) delegate (serahkan kuasa). Kita terima, jalanlah macam biasa.
"Kalau dia (Muhammad) delegate, dia (timbalan) ada kuasa sebagai pemangku ketua," kata perdana menteri. mkini
0 ulasan:
Catat Ulasan