Oh Artis:Kasih Nek Wook tak berubah
Oh! Krai Utara
Bagi Wook atau mesra dipanggil Nek Wook, kegembiraan menyambut kepulangan suami ke pangkuan setelah dibeb:askan dari Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen), Besut, kelmatin tidak terluah dengan kata-kata.
:“Saya amat bersyukur, setelah suami bebas dari tahanan dan kini saya akan kembali tinggal bersama di rumah kami di Kuala Berang.
:“Walaupun sebelum ini dia ditahan di atas kesalahan menagih dadah, namun saya tetap sayangkannya dan amat menghormatinya sebagai suami saya,” katanya yang ditemui di rumah kediaman peninggalan keluarga suaminya di Kampung Chat Rimau dekat sini.
:Nek Wook berkata, kasih sayang terhadap suaminya tidak pernah pudar walaupun terpaksa berjauhan ketika suaminya menjalani hukuman di pusat pemulihan.
:“Kini suami telah kembali ke pangkuan saya dan saya berharap agar rumah tangga kami akan bahagia hingga ke akhir hayat,” katanya.
:Katanya, selama 12 bulan lapan hari dia (suami) tiada bersamanya, Nek Wook mengambil keputusan tinggal bersama anak saudaranya di Kampung Beris Kubur Besar, Bachok kerana bimbang akan keselamatannya selepas dua kali rumahnya di Kuala Berang, Terengganu dimasuki pencuri.
“Kini kediaman kami kosong akibat barang-barang dalam rumah termasuk televisyen, periuk dan pelbagai perkakas telah dicuri,” katanya.
Katanya, kini dia mengharapkan agar ada pihak yang sudi membantu kerana rumah kediamannya itu yang didiami bersama suami hampir roboh.
Sementara itu, Mohd Noor berkata, dia kini sedar dan amat berterima kasih di atas sifat tabah isterinya yang tidak jemu-jemu menjenguk dan memberikan nasihat kepadanya.
“Saya sedar dan akui kesilapan dan mengharapkan agar selepas ini saya dapat memulakan hidup baru bersama isteri dan berjanji akan menjaga isteri saya serta mendekatkan diri dengan agama,” katanya. -SH
0 ulasan:
Catat Ulasan