Oh! Sukma:.Ust Azizan - Ganjaran untuk pemenang emas Sukma ke 13 dinaikkan

Oh! Krai Utara

Share
SINTOK, 5 Jun: Mampukah kontinjen Sukan Malaysia (Sukma) Negeri Kedah mempertahankan kedudukan di tangga keenam di temasya Sukma ke-13 yang berlangsung di Melaka pada  10 hingga 19 bulan ini?

Ketika Sukma ke-12 yang diadakan di Terengganu, kontinjen Kedah berjaya mengutip 98 pingat termasuklah 29 emas, 39 gangsa dan 31 perak.  

Rangsangan diberikan oleh Kerajaan Negeri kepada alet Kedah yang berjaya merebut  pingat emas pada Sukma  di Melaka kali ialah insentif  RM4,000 jika kontinjen negeri ini berupaya mengutip 53 emas keseluruhan.

Menteri Besar Kedah YAB Dato’ Seri Ustaz Azzian Abdul Razak berkata, ganjaran asal adalah  sebanyak RM3,000 untuk pemenang pingat emas, RM2,000 pemenang pingat perak dan RM1,000 bagi pingat gangsa.

“Namun ganjaran itu dinaikkan mengikut warna pingat itu iaitu RM3,500 bagi pemenang pingat emas itupun sekiranya  kontinjen negeri mencapai sasaran awal sebanyak 35 pingat emas,” katanya pada majlis penyerahan  penyerahan bendera  kepada kontinjen Sukma Kedah di Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini.

Ketika ditanya wartawan acara sukan yang benar-benar beliau harapkan untuk memenangi pingat emas, katanya, “Pasukan bola sepak.”

Sementera itu chef de mission Kontinjen Sukma Kedah Dato’ Khazali Haji Din berkata, sasaran awal kerajaan negeri ialah 35 pingat emas dan mengekalkan kedudukan di tangga keenam. Bagaimanapun sasaran itu adalah terlalu rendah, sedangkan kontinjen negeri diyakini mampu memperolehi 53 pingat emas.

“Sasaran persatuan itu adalah sasaran minimum, tapi berdasarkan prestasi atlit yang ada mereka boleh dapat lebih daripada itu,” katanya.

Pada temasya Sukma ke -13 di Melaka,  kontinjen  Kedah akan menyertai 30 daripada 33 acara sukan yang dipertandingkan melibatkan 447 atlit dan tidak mengambil bahagian dalam acara judo, tenis dan lawan pedang. Sukma kali ini menawarkan 434 pingat masing-masing untuk emas dan perak dan 542 gangsa.

Pada majlis ini juga YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan turut menyampaikan insentif kepada atlit-atlit Kedah yang memenangi pingat pada Sukan SEA di Laos tahun lepas.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...