OH! Sukan::Ronaldo jelaskan salah faham

Oh! Krai Utara

Share
Kapten Portugal, Cristiano Ronaldo menjelaskan mengenai kritikan terhadap Carlos Queiroz yang dikeluarkannya selepas tewas kepada Sepanyol dalam aksi pusingan kedua Piala Dunia, semalam. 

Bintang Real Madrid itu mendakwa kenyataannya selepas kekalahan itu telah disalah tafsir dan berkeras tidak mempunyai maksud lain. 

“Apabila saya berkata tanya kepada jurulatih, ianya adalah mudah kerana Carlos Queiroz juga berada di sidang media itu dan para wartawan sepatutnya mendengar penjelasan daripadanya kerana rasanya bukan saya yang patut memberi maklum balas mengenai punca kami tewas. 

“Saya tidak terfikir bagaimana jawapan mudah saya ini menimbulkan begitu banyak kontroversi. Saya menasihatkan agar kamu semua tidak melihat kepada perkara yang tidak benar. Tiada apa masalah sebenarnya. 

“Saya sudah cukup kecewa dan saya ada hak untuk kecewa. Saya rasa telah kehilangan semuanya, dan perasaaini tidak mampu digambarkan dengan kesedihan yang dialami,” katanya.-SH

0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...