OH! Sukan:Pemain England layan hisap cerut selepas dimalukan jerman.
Oh! Krai Utara
gambar ehsan dari KOSMO,
Tertekan betul pemain england kerana terpaksa balik lepas terkeluar untuk terus beraksi dalam sayembara piala dunia edisi 2010 ni.
Jadi untuk melayan rasa kecewa mereka mengambil keputusan untuk melepak dan buang masa dengan minum bir serta menghisap cerut beberapa jam selepas mereka dimalukan oleh Jerman 4-1 di Afrika Selatan, lapor sebuah akhbar semalam.
Pemain-pemain England terpaksalah pulang lebih awal ke London selepas mereka ditewaskan pasukan Jerman pada Ahad lalu sekali gus menamatkan saingan dan turut membawa pulang keputusan yang mengecewakan impian berjuta-juta peminat.
Aksi pemain England itu dirakamkan oleh pemain pertahanan, Ledley King yang kemudian disiarkan di beberapa buah akhbar di Britain.
Gambar itu dirakamkan dengan menggunakan telefon BlackBerry tetapi ia kemudian disebarkan oleh seseorang kepada umum.
Gelagat pemain-pemain England itu dirakamkan di hotel penginapan skuad tersebut di Rusternberg pada Ahad lalu.
Skuad England kembali ke London kelmarin dengan menaiki sebuah pesawat yang mendarat di Lapangan Terbang Heathrow kelmarin.
0 ulasan:
Catat Ulasan