OH! Politik:: Kickdefella Fitnah Nik Aziz - Big Sweeps halal di Kelantan
Oh! Krai Utara
Kerana di dalam artikel tersebut menyebutkan,
"Bahkan di Kelantan walaupun judi nombor ekor tidak dibenarkan, tetapi judi didalam bentuk loteri Big Sweeps di benarkan. Kedai-kedai yang menjadi ejen Big Sweeps terus dibenarkan menjual tiket-tiket loteri di premis mereka di bawah dasar Membangun Bersama Islam." - KickdefellaTulisan beliau seolah-olah menyatakan bahawa Kerajaan Negeri Kelantan membenarkan Big Sweeps ini berlaku. Padahal perkara tersebut adalah suatu fitnah yang nyata. Kerajaan Negeri Kelantan tidak pernah membenarkan Big Sweeps berlaku dan saya percaya ia beroperasi secara haram.
Jika beliau mengetahui operasi Big Sweeps ini maka beliau adalah bersama-sama mereka. Sudah menjadi tanggungjawabnya untuk melaporkan kepada pihak berkuasa samada BRI ataupun pihak polis kerana jelas, operasi itu adalah haram.
Dan satu lagi tuduhan fitnah beliau kepada Kerajaan Negeri Kelantan ialah,
"Jadi kenapakah parti PAS dan parti-parti politik pembangkang ikut bersama segelintir anggota parti komponen BN menentang pemberian lesen Judi Pertaruhan Bolasepak?
Apakah kerana pemberian lesen itu akan menggugat pendapat beberapa orang penting di dalam ‘Dunia Gelap’.
Dan sekiranya pendapatan beberapa orang penting di dalam ‘Dunia Gelap’ ini tergugat maka akan ada beberapa parti politik yang tergugat ‘derma’ yang mereka terima dari hasil mahsul ‘Dunia Gelap’?"- Kickdefella
Ini adalah satu tuduhan fitnah yang tidak disertakan bukti yang nyata, jika benar tuduhan ini saya mencabar Kickdefella ataupun sesiapa sahaja yang bersama dengannya untuk membuktikan perkara ini.
Mengenai perihal arak yang dibangkitkan oleh Kickdefella, saya ingin memetik artikel yang ditulis oleh Mohd Termizi yang menjelaskan,
Kaedah dan peraturan penjualan arakhttp://setelah.blogspot.com/
Memandangkan membeli dan meminum arak adalah fenomena yang begitu kritikal menular di kalangan muda-muda hari ini, maka sebagai negeri maju dan didominasi oleh orang Islam, maka tindakan drastik perlu dibuat segera agar gejala buruk ini dapat dibendung melalui pelaksanaan undang-undang yang berkesan yang dapat dipatuhi oleh masyarakat awam selain daripada kesedaran daripada pihak masyarakat sendiri.
Pelaksanaan ini boleh dilihat kepada negeri Kelantan yang menghadkan kelulusan lesen penjualan arak kepada premis bukan Islam, namun dikeluarkan dalam jumlah yang terkawal mengikut keperluan sesuatu tempat.
Antara langkah awal yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri Kelantan ialah menyusun semula premis penjualan arak berkuatkuasa mulai 1 Julai 1993. Semua jenis arak tidak dibenarkan lagi diminum di tempat awam, termasuk hotel, restoran atau kedai makan.
Namun orang bukan Islam boleh minum di rumah kediaman mereka atau di tempat bukan tempat awam. Ini dapat dibuktikan sebagai contoh di bandar Kota Bharu hanya terdapat 19 premis perniagaan bukan Islam yang menyediakan minuman itu kepada bukan Islam.
Kejayaan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) melaksanakan peraturan Islam di kawasan pentadbirannya menarik minat pelbagai pihak khususnya agensi kerajaan dan penyelidik dari institusi pengajian tinggi.
Pelaksanaan peraturan yang dikuatkuasakan oleh pihak PBT di negeri Kelantan boleh diikuti di negeri lain, khususnya di negeri Selangor, walaupun suasana politik dan populasi masyarakat mengikut kaum yang berbeza.
Langkah pensrukturan semula kedai menjualan arak di mana hanya lapan kedai milik orang bukan Islam yang diberi lesen bagi menjual minuman keras berbanding sebelum 1990 adalah sebanyak 86 buah.
Pendekatan yang diambil oleh Kerajaan Kelantan begitu berhemah, bermula dengan memperkenalkan arak sebagai produk yang berbahaya dan haram, peraturan penjualan diperketatkan.
Peringkat awal setiap peniaga arak dipantau dan memastikan mereka tidak menjual arak kepada orang muslim. Kini mereka semakin memahami dan ramai yang menutup kedai untuk bertukar ke perniagaan lain yang lebih baik. Akhirnya rakyat bukan muslim di negeri itu memahami bahawa mereka boleh hidup tanpa arak.
Pendekatan utama yang dilihat ialah memastikan pengeluaran lesen penjualan arak yang diluluskan adalah terhad mengikut kesesuaian majoriti penduduk bukan Islam di sesuatu tempat. Begitu juga kedai-kedai 24 jam yang menjual arak dikenalpasti sebagai tempat yang menjadi tumpuan anak-anak remaja Islam, seperti di 7-Eleven.
Semua kedai dan pasaraya terutama kedai 24 jam ini hendaklah menjual arak kepada pelanggan yang layak sahaja iaitu mereka yang bukan Islam dan menurut garis panduan yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa.
Selain itu, premis-premis hendaklah mengeluarkan dan menguatkuasakan arahan tidak menjual arak kepada mereka yang muslim. Sebagai contoh pasaraya Giant kini telah menguatkuasakan arahan tersebut.
Terdapat di kalangan pasar raya menggunakan troli yang mempromosikan arak yang turut sama digunakan oleh orang Islam yang mengunjungi pasar raya tersebut. Justeru pihak pasaraya perlu melakukan penambahbaikan dalam pengurusan mereka demi menjaga sensitiviti masyarakat Islam dan negara Malaysia yang dilabelkan sebagai negara Islam.
Artikel penuhnya di - Cadangan kawal jualan arak
0 ulasan:
Catat Ulasan