OH! Kuala Krai:: Kerajaan Kelantan Bantu Penuntut ke luar negara

Oh! Krai Utara

Share
KUALA KRAI - Dua bakal penuntut universiti luar negara antara penerima sumbangan Kerajaan Negeri bagi mereka yang berjaya melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi awam dan swasta sempena Program Cakno Keluarga peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Dabong, di sini, kelmarin. 

Seorang pelajar terbabit, Safuan Mohamed, 18, berkata, dia yang dijadual bertolak September ini akan menyambung pengajian selama empat tahun di Universiti Al-Baiyt, Jordan dalam jurusan Syariah dan Undang-undang. 

Menurutnya, dia menggunakan keputusan 5A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk memohon tempat di universiti itu selain mempunyai keputu-san Jayyid (Baik) dalam peperiksaan Sijil Menengah Ugama (SMU). 

“Saya nak ikut jejak kakak saya yang baru tamat pengajian di KLMU (Kuala Lumpur Multimedia University). In-sya-Allah, cita-cita saya nak jadi peguam bela atau peguam cara dalam bidang perundangan syariah,” katanya. 

Bekas pelajar Maahad Ahmadi, Tanah Merah itu berkata demikian ketika dite-mui Sinar Harian pada majlis penyampaian sumbangan di Dewan Orang Ramai Kampung Kemubu, dekat Dabong, kelmarin. 

Majlis penyampaian disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri Dabong, Arifabilla Ibrahim dan turut dihadiri Timbalan Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Dabong, Mohd Naim Ab Ghani. 

Hadir sama Imam Tua Masjid Kampung Kemubu, Mohd Zin Jusoh, Penghulu Mukim Kuala Stong, Mohd Raduan Jusoh dan Penghulu Mukim Kandek, Che Mood Che Amat. 

Sementara itu, Arifabilla yang juga Pengarah MTD Dabong berkata, seramai 68 pelajar di DUN itu yang mendapat surat tawaran untuk melanjutkan pelaja-ran termasuk ke luar negara mendaftar bagi menerima sumbangan setakat ini. 

“Bagi pelajar yang berjaya, saya ucapkan tahniah dan menaruh harapan agar mereka ini akan dapat memikirkan cara untuk membangunkan dan berjasa kepada kampung masing-masing apabila habis belajar nanti,” katanya. 

Beliau berkata, selain sumbangan Kerajaan Negeri bagi yang berjaya melanjutkan pelajaran, seramai lapan pelajar dari Dabong yang cemerlang pada keputusan SPM 2009 turut menerima komputer riba.-SH

0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...