OH! Kelantanku:: Usaha hidupkan semula Tasik Krai
Oh! Krai Utara
Pengurus Impero Network, Khairul Anuar Ismail, 36, berkata, pertandingan memancing itu kali pertama diadakan di daerah ini.
Menurutnya, pertandingan yang bermula dari jam 10 pagi dan berakhir tiga jam kemudiannya berjaya mengumpulkan 500 penyertaan dan setiap pemancing dikenakan bayaran RM60.
“Ia sebagai salah satu langkah mempromosikan produk pelancongan dan Tasik Krai menjadi pilihan kerana dekat dengan bandar.
“Selain itu, pertandingan kali ini diharap dapat membuka peluang perniagaan kepada peniaga kecil bagi menambah sumber pendapatan,” katanya.
Beliau berkata, tasik yang dahulunya sepi meriah dengan kehadiran hampir 1,500 pengunjung dan pemancing bukan sahaja daripada negeri ini, tetapi juga daripada luar.
Katanya, pemenang tempat pertama membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM12,000, kedua RM4,500 dan ketiga, RM2,800.
Seorang perunding pembinaan, Mohd Shamsol Shamsudin, 38, dari Kuala Lumpur berkata, langkah itu mampu menghidupkan kembali tasik yang telah lama terbiar kerana ia berpotensi dijadikan kawasan perkelahan.
“Saya menetap di sini hampir tiga tahun dan melihat tasik itu mampu menjana ekonomi penduduk kerana ia dekat dengan Taman Burung.
“Penganjuran pertandingan ini diharap dapat membuka mata pihak bertanggungjawab supaya dapat membangunkan kembali kawasan ini,” katanya. -SH
0 ulasan:
Catat Ulasan