Oh! Politik:.Setakat Minyak, Apalah sangat...Kalau Nak Negara Rela Kami Gadaikan!

Oh! Krai Utara

Share

BN Enggan Bayar Royalti, Telaga Minyak Diberi Pada Negara Lain Secara Percuma



Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menganggap tindakan Kerajaan BN menyerahkan dua telaga minyak di medan minyak blok L dan M kepada negara Brunei secara percuma sebagai satu penderhakaan yang nyata kepada rakyat dan kedaulatan perlembagaan negara negara ini.
Keputusan itu hanya dibuat melalui keputusan kabinet tanpa melalui Parlimen dan perkenan Yang DiPertuan Agong. Disini rakyat boleh mempersoalkan sikap BN terhadap Yang Dipertuan Agong, kerana Datuk Seri Najib Tun Razak dengan jelas membelakangkan kuasa yang dipertua agong dan hak rakyat melalui wakil mereka di Parlimen.
Walaupun Tun Abdullah Ahmad Badawi memulakan perjanjian pada 11 Februari 2009, namun Najib secara rasminya menandatangani MOU itu selepas mengambil alih pada 16 Mac 2009. Siapa pun yang jadi Perdana Menteri yang jelas, BN jugalah parti yang khianati rakyat dan layak dipanggil penderhaka.
Ini bukan soal bagi kambing atau lembu kepada negara jiran. Ini soal bagi khazanah bernilai RM 320 bilion. Dalam keadaan dunia berebut pemilikan telaga minyak, Kerajaan BN senang-senang memberikannya kepada negara jiran.
Ketika Kerajaan dan rakyat di Kelantan dan Terengganu menuntut royalti, macam-macam mereka beri alasan dan akhirnya mereka tawarkan duit ehsan. Rakyat dianggap seperti peminta sedekah tetapi negara lain dianggap seperti ‘anak kandung’ yang boleh diberikan mana-mana bahagian tanah atau khazanah dalam negara ini secara percuma.
Kekecewaan rakyat terhadap insiden kegagalan Malaysia merampas kembali Pulau Batu Putih belum sembuh, kini Najib tandatangani pula surat penyerahan dua blok kawasan telaga minyak untuk negara lain. Rakyat juga hairan kenapa tiba-tiba sahaja Kerajaan BN enggan membawa kes ini Mahkamah Antarabangsa.
Seolah-olah Perdana Menteri telah diberikan ‘ubat tidur’ atau kena pukau dengan sesuatu yang rakyat tidak tahu. Pas menyeru agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat perkara ini. PAS yakin ada sesuatu yang tidak kena bila perkara ini dilakukan secara senyap tanpa melalui Parlimen dan Yang DiPertuan Agong.
Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...