Oh! Setan: Lembu yang bersedih...

Oh! Krai Utara

Share


KUALA KRAI - Penghulu Mukim Sungai Durian, Hamid Yaakob, semalam, dikejutkan dengan pene-muan bangkai seekor lembu yang dipotong kedua kaki belakang di sebuah kawasan lapang ketika dalam perjalanan ke kebun getah di Ladang Sungai Durian berhampiran Sau-jaran, dekat sini. 

Hamid berkata, dia ternampak bangkai lembu yang dipercayai baru mati itu ketika dalam perjalanan menghantar tong ke kebun getah di ladang itu kira-kira jam 10.30 pagi sema-lam. 

“Bila menghampiri bangkai lembu ini, saya terkejut kerana kedua belah kaki belakangnya sudah dipotong dan saya percaya kejadian berlaku beberapa jam sebelum ditemui kerana kesan darah masih ada,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam. 

Hamid berkata, dia percaya bangkai itu adalah lembu sama dilihat abangnya, Shamsuddin, kira-kira empat jam sebelumnya yang mati akibat dilanggar kenderaan berhampiran sebuah kilang papan terletak kira-kira 1.5 kilometer dari kawasan lapang berkenaan. 

“Ketika nak pergi menoreh kira-kira jam 6.30 pagi, abang saya (Sham-suddin) ternampak seekor lembu mati dilanggar di tepi jalan dekat kilang papan tetapi bila saya pula datang ke kebun getah, bangkai lembu itu sudah ada di padang ini dan kedua kakinya sudah dipo-tong,” katanya. 

Hamid berkata, dia percaya bangkai lembu itu diangkut menggunakan ken-deraan seperti van atau lori kecil kerana tidak ada kesan haiwan itu diseret ke kawasan lapang berkenaan. 

Katanya, dia juga percaya perbuatan itu dilakukan lebih daripada dua orang dan berkemungkinan besar dengan tujuan untuk menjual daging kaki dan paha lembu yang dipotong kepa-da orang ramai. -SH

0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...