Oh! Politik:.Ugutan bunuh MB, Pemuda Pas Negeri buat laporan polis

Oh! Krai Utara

Share
KOTA BHARU - Dewan Pemuda Pas Negeri membuat laporan polis berhubung ugutan dari seorang Pemuda UMNO bernama Mohd Safuan Hilmi dalam laman sosial facebook yang sanggup dihukum gantung jika dia berjaya membunuh Nik Aziz. 

Mohd Safuan didakwa mengeluarkan satu ugutan berbunyi “belum lengkap lagi sebab sekor lagi barua x mati iaitu Nik Aziz. Tunggu aku p bunuh Nik Aziz dulu baru lengkap, setan tu x layak duk kt muka bumi ni lg, dan senang bunuh orang. Tikam je. Aku Sanggup dihukum gantung jika aku dapat bunuh Nik Aziz al dajjal tu”. 

Ketuanya, Abdul Latiff Abdul Rahman berkata, laporan itu dibuat kerana merasakan ianya satu budaya baru yang cukup membahayakan dan mengancam keselamatan negara. 

“Budaya samseng sebelum ini pun kita sudah dapat lihat melalui beberapa isu. Contohnya pada pilihan raya kecil Bagan Pinang dan Hulu Selangor. Budaya seperti ini ialah budaya yang dilakukan Pemuda UMNO. 

“Kami berharap agar pihak polis mengambil tindakan segera dan pemuda yang melakukan ugutan ini ditangkap dalam tempoh terdekat,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di pekarangan Balai Polis Pengkalan Chepa, di sini, semalam. 

Menurutnya, melalui laman sosial yang dipaparkan tersebut jelas menunjukkan bahawa seorang Pemuda UMNO mengugut untuk membunuh Tok guru. 

“Kami berharap agar pihak berkuasa cepat bertindak bagi menjaga keselamatan negara selain menjamin keselamatan semua pucuk pimpinan Pas. 

“Jika bukan Tok Guru pun yang dibunuh, kami pasti akan ada ahli Pas yang akan dibunuh suatu hari nanti jika perkara ini terus dibiarkan tanpa sebarang tindakan,” katanya. 

Abdul Latif berkata, Dewan Pemuda Pas turut mendesak pemuda tersebut memohon maaf secara terbuka kepada Tok Guru Nik Aziz dan seluruh rakyat masyarakat Malaysia. 

“Ini bagi menjernihkan keadaan kerana perbuatan mengancam seperti ini bukan budaya kita rakyat Malaysia. 

“Perkara ini harus diselesaikan segera supaya kemarahan yang timbul di kalangan ahli Pas kembali reda seperti sedia kala sebelum perkara yang lebih serius berlaku,” katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...