Oh! Politik:.Menteri KAGAT yang berani...
Oh! Krai Utara
Semalam dengan lantang Jamil Khir di petik berkata:-
"Semalam beliau (Jamil Khir) dengan lantangnya mengeluarkan kenyataan bahawa peguam syarie di mahkamah syariah di negara ini mestilah seorang yang beragama Islam.
"Namun dalam hal judi ini beliau mengambil pendekatan pasif. Di manakah suara lantangnya itu?" soal pembantu ketua pemudanya Herman Samsudeen.
Dalam kenyataan hari ini, Herman juga mendesak semua mufti di negara tampil membantah tindakan kerajaan meluluskan lesen bola sepak itu dan jangan "menutup mata dan menyembunyikan ilmu mereka".
"Pemuda PAS Wilayah Persekutuan berharap para mufti dan golongan yang faham agama bangkit menentang kezaliman akhlak ini. Judi adalah haram dan ianya bukan hanya haram untuk mereka yang beragama Islam (semata-mata), tetapi kepada semua manusia," katanya.
"Walaupun mereka bekerja dengan kerajaan Malaysia yang mana perdana menteri dan menteri kewangannya serta kabinetnya bersatu menghalalkan judi, tetapi para mufti dan mereka yang faham agama harus bangkit menentang dan tidak mentaati keputusan mungkar itu." mkini
lagu mana ni jamil?
0 ulasan:
Catat Ulasan