Oh! Politik:.Markaz kini dikenali Dewan Tuan Guru

Oh! Krai Utara

Share
KUALA KRAI - Dewan Utama Markas Tarbiah Pas Kawasan Kuala Krai yang terletak berhampiran Madrasah Muhammadiah Pondok Sungai Durian, di sini, kini dikenali sebagai Dewan Tuan Guru Haji Abdul Rahman.: 





Nama baru itu diambil sempena nama orang yang mula-mula meletakkan batu asas bagi pembinaan markas berkenaan, Allahyarham Abdul Rahman Sulaiman. 

Abdul Rahman yang meninggal dunia pada 20 Februari 1988 juga adalah pengasas Madrasah Muhammadiah Pondok Sungai Durian atau lebih dikenali dengan nama Pondok Haji Deraman, dekat sini. 

Gimik pengisytiharan nama baru dewan disempurnakan Pesuruhjaya Pas II Kelantan, Datuk Husam Musa selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pas Kawasan Kuala Krai Kali Ke-32 di markas itu, kelmarin. 

Hadir sama Yang Dipertua Pas kawasan yang juga Ketua Dewan Pemuda Pas Kelantan dan Ahli Dewan Undangan Negeri Mengkebang, Abdul Latiff Abdul Rahman serta Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Md Ramli. 

Allahyarham Abdul Rahman yang juga salah seorang Ahli Jawatan Kuasa Ulama Majlis Agama Islam Kelantan mempunyai dua anak perempuan dan enam lelaki termasuk Abdul Latiff. 

Sementara itu, Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan, Mahadi Mat Zin berkata, usul supaya dewan itu dinamakan sempena Abdul Rahman dibawa perwakilan mesyuarat agung tahunan Dewan Pemuda Pas kawasan ini pada 2006 lalu. 

“Usul itu kemudian diluluskan Mesyuarat Agung Tahunan Pas Kawasan pada tahun sama (2006) tetapi pengisytiharan nama baru dewan ini tidak dibuat pada waktu itu sehinggalah hari ini (kelmarin),” katanya kepada Sinar Harian. 

Mahadi berkata, usul tersebut dibuat sebagai me-ngenang jasa dan sumba-ngan Allahyarham selaku individu pertama meletakkan batu asas pembinaan markas itu pada 1984. 

Menurutnya, pembinaan kemudian disiapkan secara gotong-royong dan bergilir-gilir antara semua cawangan Pas sebelum projek membaik pulih dan naik taraf markas berkenaan diteruskan pemimpin lain selepas itu sehingga sekarang. 

“Walaupun tidak pegang jawatan besar, sumbangan Allahyarham untuk perjuangan parti cukup banyak sehingga dikurniakan Anugerah Jasamu Dikenang sempena sambutan Jubli Emas Pas Negeri Kelantan pada September 2001 lalu,” katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...