Oh! Politik:. Ibrahim Ali Lepas Pukulan Penunduk Naga Kepada Dewan Pemuda PAS

Oh! Krai Utara

Share Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali sekali lagi menegaskan bahawa PERKASA merupakan NGO pertama yang membantah apabila kerajaan meluluskan lesen judi pertaruhan Piala Dunia.

Berikutan itu, beliau menyifatkan Dewan Pemuda PAS dan mereka yang berkenaan sebagai 'buta tuli' dan hendak mencari modal untuk menghentam PERKASA apabila mencabarnya berdebat mengenai lesen judi bola itu.

"Sebenarnya, PERKASA (adalah) NGO pertama buat bantahan bila kerajaan nak lulus lesen judi.

"Kenyataan saya keluar dalam Astro Awani banyak kali awal-awal lagi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ibrahim yang juga ahli parlimen Pasir Mas menegaskan demikian sebagai mengulas cabaran Dewan Pemuda PAS pusat untuk berdebat dengan PERKASA mengenai kemungkiran judi.

Cabaran tersebut dibuat oleh Ketua Pemuda PAS Nasruddin Hassan hari ini.

Beliau mencadangkan debat perdama itu dijalankan atas "kemungkaran judi bercambah dalam negara: tanggungjawab siapa". 

1 ulasan:

  1. Tanpa Nama berkata...

    "dengar beruk brahim nak belawak ni, nak marah ke judi guano, dia sediri pun pelabur dalam syarikat judi".

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...