Oh! Politik:. Bina hidroelektrik kecil di Lojing

Oh! Krai Utara

Share
KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan dengan kerjasama sebuah syarikat swasta membina sebuah projek hidroelektrik kecil di Pusat Pembangunan Tanah Tinggi Lojing, dekat Gua Musang melibatkan belanja kos RM80 juta. 

Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (Upen) Kelantan, Datuk Dr Zainuddin Ibrahim berkata, projek berkenaan yang berkapasiti menjana tenaga elektrik 10 MegaWatt itu mampu menampung seluas 25,435 hektar kawasan pembangunan tanah tinggi itu menjelang 2012. 

Menurutnya, projek itu adalah usahasama Kerajaan Negeri dengan syarikat Pesaka Tecknologies Sdn Bhd (PESAKA) Sungai Brooke, dekat bandar baru Gua Musang. 

”Dengan siapnya projek itu, ia mampu menyalurkan tenaga elektrik sepenuhnya di kawasan pembangunan tanah tinggi tersebut menjelang 2012,” katanya semalam. 

Menurut Dr Zainuddin, perjanjian pembinaan projek itu telah dibuat antara syarikat swasta pengendali projek penjanaan elektrik itu dengan Kerajaan Negeri tiga hari lepas. 

Pada majlis itu, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Setiausaha Kerajaan Kelantan Datuk Mohd Aiseri Alias menandatangani bagi pihak Kerajaan Negeri manakala Ketua Pegawai Eksekutif Pekasa, Dr Norhayati Kamaruddin dan Pengarahnya, Datuk Abdul Rahman Datuk Mohd Hashim mewakili syarikat terbabit. 

Ketika ini, pusat pembangunan tanah tinggi itu menikmati bekalan elektrik yang disalurkan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) melalui Blue Velley, Cameron Highlands, Pahang.       Menurutnya, pihak TNB akan menandatangani suatu perjanjian lain dengan Pesaka bagi membolehkan bekalan elektrik disalurkan menerusi pencawang yang yang akan dibina menggunakan voltan yang lebih tinggi. 

Beliau berkata, projek yang dirancangkan itu menelan belanja RM80 juta, dijangka siap sepenuhnya menjelang Mei 2012. 

Hasil projek itu, katanya, Kerajaan Negeri dijangka memperolehi royalti bayaran air sebanyak RM300,000 setahun tidak lewat dari tempoh 12 bulan kalendar berdasarkan tarikh operasi bermula. 

“Kelulusan konsesi perjanjian itu diputuskan dalam mesyuarat Exco Kerajaan Negeri pada 19 Disember 2007,” katanya - SH

0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...