Oh! Kelantanku:.Mahkamah benarkan isteri kedua lawat Sultan Kelantan
Oh! Krai Utara
KOTA BHARU - Mahkamah Tinggi Rayuan Syariah di sini hari ini membenarkan isteri kedua Sultan Kelantan, Cik Puan Elia Suhana Ahmad melawat suaminya, Tuanku Ismail Petra seperti yang ditetapkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah pada 4 Februari lalu.
Panel tiga hakim iaitu Ketua Hakim Syarie Datuk Daud Mohamad, Hakim Tan Sri Nik Hashim Nik Abdul Rahman dan Hakim Wan Hassan Wan Muhamad membenarkan lawatan itu setelah mengadakan semakan terhadap afidavit dan autoriti dari pihak Elia Suhana, 31, dan pihak Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid.
Daud berkata, keputusan penangguhan oleh Mahkamah Tinggi Syariah pada 4 April lepas adalah tidak sepatutnya memandangkan perintah tersebut telah dikeluarkan ke atas isteri yang sah.
Pada 4 April lalu, Mahkamah Tinggi Syariah di sini memutuskan menangguhkan pada 13 Jun kes permohonan Elia Suhana bagi mendapatkan hak lawatan kekal untuk melawat suami beliau.
Penangguhan itu disebabkan Mahkamah Tinggi Syariah mahu permohonan itu didengar selepas kes bantahan awal pengesahan lafaz cerai Sultan Kelantan ke atas Elia Suhana diputuskan pada 23 Mei. - Bernama
0 ulasan:
Catat Ulasan