Oh! Politik::Blogger Pro UMNO desak KJ letak Jawatan ekoran kejayaan sebagai askar wataniah
Oh! Krai Utara
Maka - hari ini, adalah hari yang sangat saya nanti-nantikan. Menjadi bukti kepada semua penyokong Khairy sesungguhnya Khairy Jamaluddin sememangnya pintar dan selayaknya beliau menjadi penjawat awam, seperti mana pelajar-pelajar pintar yang lain. Dunia politik terlalu kotor untuk anda. Anda sama-sekali tidak mempunyai seni berpolitik di samping ketumpulan karisma dan ketokohan sebagai seorang ahli politik yang sejati. Secara ikhlas, biarlah saya berterus-terang kepada saudara Khairy yang saya kasihi.
Sesungguhnya, saudara seorang yang pandai, terimalah hakikatnya ini dan kepandaian saudara itu sepatutnya digunakan dalam sektor awam. Dengan kata lain sebagai penjawat awam. Bidang pekerjaan yang sesuai untuk saudara adalah seperti Pegawai Tentera, Pegawai Tadbir dan Diplomatik atau setidak-tidaknya sebagai seorang pensyarah. Anda tidak boleh pergi lebih jauh daripada itu. Cukuplah dengan apa-apa yang telah berlaku sewaktu bapa mertua saudara menjadi Perdana Menteri. Dan sekarang - Pemuda UMNO semakin lemah dan lesu. Perpecahan yang berlaku akibat daripada nafsu politik saudara yang terlalu besar dalam politik UMNO - menyebabkan UMNO semakin nazak. Cukuplah, wahai saudaraku Khairy. Saudara telah buktikan bahawa saudara layak untuk menjadi seorang tentera yang baik dan berdedikasi. Sesungguhnya, dunia ketenteran di Malaysia tidak sabar-sabar menanti insan seperti saudara. Tidak mustahil pada satu hari nanti saudara mampu bergelar Jeneral.
Justeru itu, saya dengan rendah diri, memohon kepada saudara agar meletakkan jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan segerlah menyertai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) - bakat anda terselah sebagai seorang tentera yang berjiwa patrotisme. Saya percaya, kerajaan Malaysia tiada masalah untuk melantik saudara terus ke pangkat Mejar, dengan syarat saudara tinggalkan politik dan berbaktilah sepenuh masa untuk negara. Percayalah, saudara tidak mempunyai bakak seorang politik, sebaliknya saudara mempunyai bakat yang sangat terserlah sebagai seorang tentera, ahli akademik atau pun sebagai PTD. Mohon, saudara tinggalkan jubah politik UMNO segera. Dan saya percaya ahli-ahli Pemuda UMNO akan bersyukur dalam hal ini. Maafkan saya jika saya berterus-terang dengan nada yang mungkin kurang enak untuk didengar. Wallahualam. azlishukri
0 ulasan:
Catat Ulasan