Dari Kuala Krai Ke Alor Setar - Lawatan kongsi idea pertanian

Oh! Krai Utara

Share
KUALA KRAI – Satu lawatan muhibah diadakan untuk merapatkan hubungan di antara dua kerajaan yang terletak di Pantai Timur dan utara tanah air apabila sekumpulan pemimpin tempatan dari Kuala Krai mengadakan lawatan sambil belajar ke Kedah baru-baru ini. 






Yang Di Pertua Pas Kawasan Kuala Krai, Abdul Latiff Abdul Rahman berkata, lawatan anjuran Pejabat Tanah Dan Jajahan (PTJ) Kuala Krai bersama Jawatankuasa Hal Ehwal Tanah (JHET) Kuala Krai itu disertai seramai 70 peserta. 

Menurutnya, semua peserta adalah daripada PTJ, ahli-ahli JHET, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Kuala Krai dan semua penghulu dalam Parlimen Kuala Krai. 

“Lawatan sambil belajar ini disertai 70 peserta yang terdiri daripada ADUN, ahli JHET, penghulu dalam Parlimen Kuala Krai, Penolong-Penolong Pegawai Jajahan dan Pegawai Jajahan Kuala Krai sendiri iaitu Adnan Husin

“Lawatan ini bertujuan mendedahkan pemimpin kita dengan kepelbagaian sektor pertanian yang ada di Kedah sebagai suatu perkongsian ilmu di antara kedua- dua negeri,” katanya kepada Sinar Harian, semalam. 

Beliau berkata, dalam masa yang sama ia juga bertujuan mengeratkan hubungan pemimpin kedua-dua negeri yang berada dalam Pakatan Rakyat (PR). 

Katanya, antara pengisian lawatan berkenaan ialah melawat ke ladang pertanian nanas komersial, melawat muzium padi dan menghadiri taklimat Jabatan Pertanian Kedah di ladang pertanian komersial negeri di Kampung Sungai Keladi, yang terletak dalam daerah Kuala Muda

Rombongan ini juga turut diraikan Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Pertanian dan Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Penerangan Kedah, Datuk Ir Aminuddin Hamzah.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...