Pelajar perempuan yang ketagih menonton rakaman klip video lucah,
Oh! Krai Utara
Seorang pelajar perempuan yang ketagih menonton rakaman klip video lucah yang dibeli daripada dua rakannya sehingga berhutang lebih RM1,000 bertindak nekad membenarkan rumahnya di Jalan Haji Wan Latiff, di sini, dirompak rakannya itu bagi melunaskan hutang.
Pelajar Tingkatan Empat itu mengambil kesempatan ketika mereka sekeluarga bercuti di Kuala Lumpur, Khamis lalu, dengan membenarkan dua rakannya itu yang juga pembekal klip video lucah memecah masuk ke rumah dengan membuka selak tingkap rumah yang sebelum itu sudah dikunci kemas bapanya.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria, berkata pelajar itu bertindak merenggangkan kunci tingkap rumahnya bagi membolehkan dua rakan perempuannya itu memecah masuk dan mengambil barangan berharga bagi melunaskan hutangnya.
Beliau berkata, sebaik keluarga pelajar berkenaan pulang ke rumah, mereka terkejut mendapati tingkap rumah telah diumpil dan keadaan dalam rumah berselerak.
Selepas diperiksa, mereka dapati tiga rantai emas serta masing-masing satu gelang dan cincin emas milik ibunya yang disimpan dalam bilik utama hilang.
Terkejut dengan kejadian itu dan tanpa mengetahui anak perempuannya adalah dalang kejadian curi berkenaan, bapa pelajar terbabit berusia lingkungan 50-an membuat laporan di Balai Polis Jertih kira-kira jam 11.30 pagi Jumaat dan sepasukan polis ke tempat kejadian untuk mengesan bukti. baca lagi
0 ulasan:
Catat Ulasan