malaysiakini: Zambry Kadiaq fail saman RM100 juta terhadap Wan Azizah

Oh! Krai Utara

Share Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Abdul Kadir hari ini memfailkan saman fitnah RM100 juta terhadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan tiga yang lain berhubung artikel yang disiarkan oleh akhbar bulanan parti itu, Suara Keadilan. 
Peguam yang mewakili Zambry, Firoz Hussein Jamaluddin, memfailkan saman itu di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur menerusi tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak.

Zambry (kiri) menamakan Dr Wan Azizah selaku pemegang jawatan dalam PKR, timbalan presiden Dr Syed Husin Ali yang juga ketua editor Suara Keadilan, penerbit akhbar berkenaan, Pelita Koridor Sdn Bhd, dan pencetak Suara Keadilan, Percetakan NPK Sdn Bhd sebagai defendan.


read more

0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...