pahangdaily.blogspot.com Cyberita: Bina Bangunan Tidak Ikut Spesifikasi, Dua Pelajar Maut Dan Dua Parah Bila Kenderaan Terjatuh Rempuh Dinding KB Mall Kota Bharu !!

Oh! Krai Utara

Share
Dua penuntut sebuah kolej perubatan mati apabila sebuah kenderaan terjatuh di tingkat 3, komplek membeli belah KB Malldekat sini pagi tadi. Mereka yang mati ditempat kejadian itu dikenali sebagai Siti Noramira Shamsuddindan Siti Nordiana Azman dari Kolej Perubatan Masterskill. Dalam kejadian mengejutkan itu, kereta berkenaan dikatakan berada di tempat letak kereta tingkat atas bangunan berkenaan. Akibat kerosakkan, kenderaan itu ditolak untuk dihidupkan. Namun begitu pemandu berkenaan dipercayai gagal mengawal kenderaan kerana termasuk "gear" dan menekan minyak dengan laju maka ia terlanggar dinding bangunan itu. Akibatnya, dinding yang dibuat daripada batu-bata itu pecah dan kereta menjunam jatuh ke tingkat empat dan mengenai dua pelajar terbabit. Kereta tersebut difahamkan jatuh betul-betul di atas pelajar yang mati itu, ketika mereka sedang menaiki escalator. Keadaan menjadi kelam kabut dan amat membingungkan pengunjung yang berada disitu. Dalam kejadian itu juga, pemandu dan penumpang kenderaan berkenaan dipercayai cedera parah. Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat berkata kejadian tersebut adalah diluar dugaan sama sekali. "Engineer sendiri tidak dapat berfikir macam mana tembuk yangbegitu kuat boleh pecah. hanya Allah yang tahu" katanya. Nik Aziz berkata demikian ketika meninjau lokasi terbabit pagi tadi. Sementara itu, Ketua Polis Kelantan,Abdul Rahim Hanafi pula berkata tembok setinggi 1.8 meter itu dibina tanpa tulang (kerangka besi) didalamnya maka itulah ia tidak kuku dan pecah apabila berlaku rempuhan kuat. "Sudah pasti kalau tembok itu dibina mengikut spesifikasi yang betul, kemungkinan untuk runtuh adalah sukar berlaku" katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...