1Malaysia Yang Terbabooo! : Najib Razak sahkan Timbalan Menteri Pelancongan nyatakan hasrat letak jawatan

Oh! Krai Utara

Share
Perdana Menteri Najib Razak mengesahkan Timbalan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Sulaiman Abdulrahman Abdul Tahir menyatakan hasrat untuk meletakkan jawatannya.

Bagaimanapun, kata Najib beliau masih belum membuat keputusan berhubung hasrat itu kerana tidak dapat berhubung dengan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

“Beliau telah menyatakan hasrat untuk meletakkan jawatan tetapi saya belum membuat keputusan kerana belum dapat menghubungi Pengerusi Barisan Nasioanl negeri,” kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di sini semalam.

Najib berkata Sulaiman berhasrat meletakkan jawatan atas alasan peribadi.

Bagaimanapun beliau enggan enggan mengulas mengenai tarikh Sulaiman menyerahkan surat perletakan jawatannya.

Sebelum ini, Malaysian Insider yang memetik sumber-sumber berkata, anak Ketua Menteri Sarawak itu telah menyerahkan surat perletakan jawatannya kepada Najib atas alasan kesihatan.

Bagaimanapun terdapat khabar angin beberapa minggu lalu mendakwa Sulaiman berbuat demikian kerana tidak sehaluan dengan Menteri Pelancongan, Datuk Dr Ng Yen Ten. TVS -Thinking Of Life

0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...