Tak Dapat Tukaq Speaker..Depa Tukaq Hakim

Oh! Krai Utara

Share KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda Pas Pusat mempersoalkan tindakan menukarkan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin yang mengendalikan kes membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Siputeh, Datuk Abu Hassan Sarif.


Ketuanya, Nasrudin Hassan, berkata perkembangan itu yang diketahui melalui e-mel diedarkan Majlis Peguam dan peguam Pas, turut membabitkan pelantikan hakim baru menggantikan Alizatul Khair, iaitu Datuk Apandi Ali.

"Kenapa tiba-tiba hakim ini (Alizatul Khair) ditukarkan, seolah-olah ada tekanan," katanya selepas majlis pelancaran Kempen Cintai Rasulullah-Kami Mencintai Mu Ya Rasulullah peringkat Pusat anjuran Dewan Pemuda Pas Pusat di Ibu Pejabat Pas, di sini semalam. 

Semalam, akhbar melaporkan Alizatul Khair menetapkan esok untuk memutuskan sama ada pilihan raya baru akan diadakan bagi kerusi DUN Kota Siputeh selepas Abu Hassan tidak menghadiri dua persidangan DUN negeri itu tahun ini. 

sumber;Berita Hairan
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Nasional/20091115014521/Article/index_html

0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...